Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

Amri Hassan
26/05/2024 08:18 MYT
Peminat setia filem tempatan, Chee Chi Wai berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw, The Experts.

Chee, 55, yang bertugas sebagai pelukis pelan di Seremban, Negeri Sembilan mengakui sudah sembilan kali menonton filem The Experts.

"Saya berpuas hati dengan kualiti dan jalan cerita menarik yang ditampilkan dalam filem terbaharu terbitan Astro Shaw. Filem ini bagus, jalan ceritanya menarik, tak klise, suntingan pun cantik.

"Saya yakin teknologi yang digunakan untuk menghasilkan filem ini pun setanding dengan filem-filem antarabangsa.

"Biasanya saya akan terus ke panggung wayang untuk menonton filem dan pada hujung minggu pula saya meluangkan masa pada pagi dan malam untuk menonton filem yang sama.

"Saya target nak tengok 24 kali sama seperti filem Sheriff. Tapi sistem belum buka untuk pembelian tiket minggu akan datang. Sudah semestinya saya akan sokong filem-filem tempatan kita," katanya kepada Gempak.

Lebih mengujakan, Chee turut membingkaikan setiap tiket, kemeja-t yang ditandatangani pelakon-pelakon yang ditemuinya sebagai kenang-kenangan.

"Setiap kali saya membeli tiket dan bertemu dengan artis kegemaran saya, saya akan mengabadikan dalam bentuk bingkai di rumah. Biasanya saya akan berhabis lebih kurang RM500 pula untuk memastikan kualiti dan hasilnya puas hati," tambah Chee.

Kebangkitan filem tempatan

Ini menyaksikan kebangkitan filem tempatan dalam mendominasi pawagam tanah air. Bulan lalu filem Sheriff telah ditayangkan dan meraih kutipan luar biasa RM 62 juta serta mengetepikan filem antarabangsa, dan kini momentum baik tersebut diteruskan oleh filem The Experts.

The Experts mencatat kutipan RM1 juta pada tayangan awal lalu pada 21 Mei. Ini membuktikan penonton kembali percaya terhadap filem Malaysia.

Hal ini sekali gus turut membuktikan dominasi filem Melayu tempatan di pawagam sejak beberapa tahun kebelakangan bermula dengan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan pada tahun 2022, Polis Evo 3 (2023) dan Sheriff (2024.

Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures ini kini ditayangkan di 172 buah pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hal ini sekali gus turut membuktikan dominasi filem Melayu tempatan di pawagam sejak beberapa tahun kebelakangan bermula dengan Mat Kilau pada tahun 2022, Polis Evo 3 (2023) dan Sheriff (2024.

BERITA TRENDING: The Experts Dapat Pujian, Zhafvlog Anggap Dah ‘Level Hollywood’ - “Muzik Padu Disulami Dengan Lakonan Mantap!”

PILIHAN PEMBACA: Permulaan Baik Filem ‘The Experts’, Raih RM1 Juta Pada Tayangan Awal

The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan.

Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.

Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.
#Viral #Filem #Aaron Aziz #Remy Ishak #peminat #Syafiq Kyle #GSC #Mimi Lana #Wayang #Seremban #Ray Dap Dap #The Experts #Chee Chi Wai
;