Hiburan

The Experts Dapat Pujian, Zhafvlog Anggap Dah ‘Level Hollywood’ - “Muzik Padu Disulami Dengan Lakonan Mantap!”

Asyikin Mayudin
23/05/2024
09:55 MYT
Filem aksi heist yang dinanti-nantikan, The Experts akhirnya sudah ditayangkan di pawagam bermula, hari ini, 23 Mei.
Selepas tayangan awal pada malam Selasa, filem erbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures menerima reaksi yang positif.

Jalan Cerita Yang Menarik

Menerusi ciapan akaun bernama @brgsjks di platfrom X, dia memuji dari segi idea dan skrip selain jalan cerita yang menarik serta tidak berat.
“7.4/10 untuk The Experts. The Experts ini adalah sebuah filem tentang 5 adik beradik yang dah bersara dari kegiatan heist tapi terpaksa comeback untuk lakukan satu lagi mega heist iaitu terpaksa mencuri cincin hikmat dari keluarga 5 gading. Kira cam ala-ala mafia family gitu.
“Aku rasa filem The Experts ni tak semua orang akan terima cerita ni. Idea dan skrip predictable tapi storytelling fun dan tak berat. Dia macam kau tengok The Italian Job & Fast Furious & Ocean 11 sekaligus tapi dalam versi Malaysia,” komennya.

Level Hollywood

Selain itu, pengulas filem bebas iaitu Zhafvlog turut menganggap tahun ini merupakan kegemilangan pelakon Syafiq Kyle yang juga pelakon utama The Experts dan Sheriff.
“Ini tahun kegemilangan Syafiq Kyle, beliau kekal menyerlah selepas fenomena Sheriff. Filem heist oleh satu keluarga dengan story yang sangat matang dan heart-warming, production value level Hollywood, muzik padu, disulami dengan lakonan mantap! Astro Shaw did it again!” komen Zhafvlog.
Bukan itu saja, penonton lain juga menyifatkan The Experts merupakan filem tempatan terbaik untuk tahun 2024.

“Pada aku, filem The Experts adalah filem tempatan terbaik untuk tahun ini. WAJIB TONTON,” tulisnya.

Selepas filem Sheriff yang masih ditayangkan mendapat sambutan yang luar biasa, Astro Shaw bakal tampil dengan satu lagi karya agung menerusi filem The Experts.
Filem aksi heist, The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara.

BERITA TRENDING: TheExperts: Ray Dapdap Kongsi Cabaran Berlakon Sebagai Pakar Godam - “Saya Kena Buat Latihan Dalam Masa…”

Filem arahan pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak.

Sinopsis

Kisah The Experts bermula selepas sedekad lima adik beradik meninggalkan kegiatan merompak dan kemudian kembali berkumpul kerana satu ugutan.
Mereka mendapat arahan daripada gangster terkenal untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar yang berisiko tinggi. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lalu.
Bagaimana harus mereka berdepan musuh dan melindungi keluarga mereka? Adakah misi ini akan menjadi kali terakhir lima adik beradik ini bersama?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!
Drama

Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!

gempak
03/07/2024
15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Hiburan

Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

gempak
24/06/2024
01:55 MYT
Pelakon Mimi Lana memuat naik hantaran menyentuh hati di Instagram akaun miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor, Syafiq Kyle.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.