Kerana terlalu meminati Datuk Seri Siti Nurhaliza, peminat dari negara Brazil sanggup mencacah tatu yang mempunyai nama dan wajah Siti.
Peminat yang dikenali dengan nama Pedro itu membuat ucapan sempena hari lahir Siti yang berlangsung semalam di laman Twitter dan Instagram miliknya, @philosopop.
“Selamat hari lahir Datuk Siti Nurhaliza. Saya meminati anda ketika kali pertama mendengar lagu Kesilapanku, Keegoanmu. Semenjak itu, saya ‘membawa’ anda dalam hati dan kulit saya.
“Saya gembira melihat anda dalam keadaan baik dan sihat bersama suami tercinta. Saya ucapkan selamat maju jaya,” tulisnya.
Bersama ucapan tersebut, Pedro memuat naik foto lengan yang menampakkan tatu gambar dan nama Siti.
Terharu dengan tindakan peminatnya, Siti mengucapkan terima kasih kepada Pedro menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya.
“Terima kasih kerana menjadi peminat saya. Sila datang melancong ke Malaysia satu hari nanti,” tulis Siti.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat