,
Laman Utama

Peminat ‘Hati Busuk’ Doa Siti Nurhaliza Pancit Sewaktu Konsert A. R Rahman; “Kenapa Doa Macam Itu…”

Shahrin Zulkifle
30/01/2023
10:00 MYT

Sehingga ke hari ini nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih menjadi bualan selepas tampil dalam konsert A. R Rahman-Secret of Success- Live in Malaysia 2023 yang berlangsung Sabtu lalu.

Malah, kejayaan Siti yang membawakan lagu klasik tamil berjudul Munbe Vaa berjaya memukau 60,000 penonton yang hadir pada konsert berkenaan.

BACA: “Satu Lagu Je Terus Trending!” - Salute! Datuk Siti Menyanyi Lagu Tamil, Dapat 60,000 Standing Ovation Di Konsert A. R Rahman

BACA: “Sebutan Tepat, Rasa Terharu & Bangga” - Raja Ilya Menangis Dengar Siti Nyanyi Lagu Tamil

Pun begitu, disebalik kejayaan yang dilakar pelantun lagu Purnama Merindu itu, muncul satu ciapan di laman Twitter apabila seorang individu mendoakan perkara tidak baik berlaku kepada Siti.

Kata individu tersebut, dia berharap agar Siti pancit (penat) sewaktu membuat persembahan.

“Semoga Tokti (Siti) pancit 10 kali malam ini. Dah lama sangat duduk dekat atas (puncak kejayaan), sesekali jatuh baru sedar diri sikit siapa yang asyik menyokong selama ini,” tulisnya.

Tidak cepat melatah, Siti tampil membalas ciapan berkenaan dengan menyatakan individu tersebut tidak wajar mendoakan dirinya sedemikian.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur apabila persembahannya berjalan dengan lancar.

“Masya-Allah, kenapa macam itu doanya? Alhamdulillah, Allah permudahkan persembahan saya.

“Mungkin adik dah kena tukar gambar profile tu kot, sebab cara penulisan macam sesuatu. Ini yang kadang kadang saya pesan kepada sitizoner tulen, kita kena selalu hormat menghormati dan beradab,” balasnya.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berasa terkilan dengan sikap individu tersebut selain menyifatkan dia seorang yang ‘berhati busuk’.

“Tak usah hiraukan, manusia tidak akan pernah puas. Lagi lagi yang suka sembunyi belakang profil dieorang. Itulah keyboard warrior,” kata seorang wargamaya.

“Kesian dia, pelik tengok manusia yang ada perangai busuk hati macam ni,” kata seoaranf warganet.

“Individu yang tweet macam ni belum kenal siapa diri Siti Nurhaliza yang sebenar,” komen seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar