Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Mahu Jep Sepahtu & Sari Yanti Jadi Pengapit Shuib

Mya Amri
10/02/2017 09:03 MYT
Peminat kepada Shuib Sepahtu meluahkan hasrat untuk melihat Jep menjadi pengapit di hari persandingan pelawak tersebut.

Hasrat tersebut diluahkan menerusi ruangan komen pada foto yang dimuatnaik oleh Shuib di akaun Instagram (IG)nya dua hari lalu.

Menurut seorang peminat yang menggunakan nama Songjiemy, dia mencadangkan supaya Shuib mengambil Jep dan aktres Sari Yanti sebagai pengapit di majlis persandingannya pada 26 Februari ini.


“Bagi la abang @jepsepahtu dgn kak @sariyanti jadi pengapit bang @shuibsepahtu,” tulisnya.

Dalam pada itu, ruangan komen di akaun Jep juga mula dihujani komen-komen peminat yang mengusik hubungan pelawak itu bersama Sari Yanti selepas berita mengenai desas-desus perkahwinannya menjadi bualan hangat.

Lebih menarik lagi, setiap foto terbaru yang dimuatnaik oleh Jep pasti peminatnya akan menyebut nama Sari Yanti selain mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

@slim.shady.q: Bila tarikh kahwin bro?

@sysi_fajassein: Bila abang jep dengan kak Sari nak jadi yang HALAL ? Abang jep ni dah dalam hukum WAJIB dah ni dalam mendirikan rumahtangga dengan kak sari. HUHUHU

@nurulhuda47: Hensem..dh hensem..jep @jepsepahtu Pinangla sari cpt..gentle ckit..nanti klu lambat di ambil org..menyesal x sdah nnti..ramai yg mendoakan.

@fifa2595: Hensemnye awak jep boleh ta saya rampas awak dari sari yanti . Hahah #gurauje #whysoseriussayang.


Teks oleh: Mya Amri
#Shuib SepahTu #Jep Sepahtu #Sari Yanti