Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Mahu Lihat Iman Troye Tampil Lebih Sopan, Cadang Pakai Handsock - “Bahagian Lain Tutup Molek Dah, Cuma…”

Izwan Isa
17/10/2022 12:50 MYT
Hubungan artis dan peminat merupakan satu hubungan yang perlu. Hal ini kerana, tanpa sokongan peminat, seseorang artis itu mungkin sukar untuk melakar kejayaan pada kerjayanya.

Begitupun, terdapat juga peminat yang begitu prihatin terhadap artis atau selebriti kegemaran mereka.

Selain memberikan pendapat mengenai hala tuju karier, peminat juga turut kerap melontarkan pandangan terhadap hal-hal peribadi, termasuk style dan imej yang dibawa oleh artis kegemaran mereka.

Terbaharu, menerusi kemas kini yang dikongsikan oleh Iman Troye, seorang pengikutnya di Instagram memuji penampilan penyanyi lagu Teman itu.

Namun, peminat berkenaan turut mencadangkan supaya Iman tampil lebih sopan dengan menggunakan handsock pada masa akan datang.



“Masya-Allah, cantik… Cume lepas ini belajar pakai handsock ya cover lengan awak tu ya. Bahagian lain tutup molek dah, cuma aurat bahagian lengan je awak lepas pandang.

“Ramai perempuan lain ambil remeh bab aurat dua bahagian tu - lengan dan kaki. Bahagian lain tertutup tapi dua bahagian tu tak tutup… still dapat dosa dedah sikit jer. Ingat, aurat perempuan seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka.

“Sama-sama pakat perbaiki diri jadi hamba-Nya yang lebih baik. Maaf, tegur sebab sayang sebagai peminat,” tulisnya.

BACA: Gigi Dah Cantik Tapi Pasang Pendakap, Iman Troye: “Kadang Insecure Bila Bercakap Depan Orang…”

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#peminat #Iman Troye #Handsock