“Gigi bawah berlapis dan kadang-kala insecure bila bercakap depan orang.”

Itulah alasan penyanyi berbakat besar Iman Troye apabila memasang pendakap gigi meskipun giginya kelihatan teratur dan cantik.

Tambah Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 20, dia meminta pendapat ibu dan bapanya terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk memasang pendakap gigi tersebut.

Menceritakan pengalamannya pertama kali memasang pendakap gigi, pelantun lagu Harum Sundal Malam itu terpaksa menanggung kesakitan setelah beberapa jam giginya menjalani prosedur tersebut.

“Alhamdulillah sekarang dah sebulan pakai dan boleh nampak perubahan walaupun sikit.

“Masa mula-mula pakai tak sakit tapi lepas 3,4 jam pakai, Allahuakbar sakit dia Tuhan je tahu. Memang rasa pelik dengan gigi sendiri. Sampai nak makan pun rasa janggal. Tapi sebab lapar, bedal je makan apa pun,” ujarnya.

Menerusi laman sosial Instagram, Iman berkongsi foto terkininya sambil memperlihatkan pendakap gigi yang dipasang di bahagian bawah.
A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye)

Malah, Iman turut menitipkan pesan buat pengikutnya yang berasa kurang yakin dengan bentuk gigi mereka untuk mempertimbangkan cadangan memasang pendakap gigi.

“Kalau korang insecure dengan gigi sendiri dan memang dah lama nak pakai braces, then go. Braces ada banyak jenis tau.

“Jangan sebab korang selalu dengar orang cakap ‘sakit sakit’ korang takut nak pakai. Just go check dam buat temujanji. I got your back,” tulisnya lagi memberi sokongan.

Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikut memuji penampilan Iman yang tetap cantik walaupun gigi bawahnya dipasang pendakap gigi.

Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman mereka memasang alat tersebut pada gigi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 45,000 tanda suka daripada pengikutnya.