Laman Utama
Peminat Minta Jung Ho Yeon Makan Selepas Lihat Penampilan Terkininya
Bintang Squid Game Jung Ho Yeon menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminatnya selepas melihat penampilan terkini aktres tersebut.
Hal itu lantaran Ho Yeon yang juga seorang model itu kelihatan terlalu kurus daripada penampilannya sebelum ini.
Foto penampilan terkini perempuan berusia 27 tahun itu kali terakhir dikongsikan kepada lebih 23 juta pengikut di Instagramnya sekitar empat hari lalu. Ia merupakan kompilasi foto dirinya dalam beberapa busana berlainan.
Malah salah satu foto yang dikongsikan diambil dari acara LACMA art + film gala yang menunjukkan lengannya yang sangat kecil.
Walaupun ramai yang kagum dengan aksi dan kecantikannya, namun ada dalam kalangan peminat melahirkan kebimbangan sehingga meminta Ho Yeon makan selepas melihat bentuk tubuhnya yang terlalu kurus.
Salah seorang teman selebriti, Park Ju Hyun turut melahirkan kebimbangan dengan meninggalkan komen agar memintanya menjaga kesihatan.
Tulisnya: “Kawanku, adakah anda mahu mengekalkan tulang tulang (di tubuh) itu?”
Sementara beberapa pengguna media sosial pula menulis: “Tolong makan.”
“Tolong beri dia sedikit makanan.”
“Saya gemar kelihatan slim, tetapi menjadi terlalu kurus adalah tidak sihat.”
“Menyedihkan, anda amat kurus.”
Menerusi laporan AllKPop, Ho Yeon sewaktu temubual bersama Star News melaporkan dia tidak sempat menjamah makanan di Amerika Syarikat kerana kesibukan jadual kerja selepas filem lakonannya menjadi fenomena.
“Jadi saya telah kehilangan banyak berat badan kerana terlalu sibuk. Semua pakaian yang pernah dipakai dan muat sewaktu pertama kali tiba di Amerika Syarikat sudah menjadi longgar,” akuinya dalam temu bual tersebut.
Dalam temu bual sama, dia mengaku berat badannya sebelum ini iaitu 49 kilogram telah menurun. Dia mendakwa kehilangan sehingga empat kilogram gara gara jadual kerja yang terlalu padat dan tidak makan dengan betul.
Instagram: @hooooooyeony
Must-Watch Video