TERKINI

Peminat Minta Tips Nak Jadi ‘Effortless Beauty’ Macam Fazura, Ini Jawapan Tuan Badan - “Ada Yang Kata Pakai…”

Asyikin Mayudin 27/05/2025 | 06:55 MYT
Pelakon Nur Fazura menerima pertanyaan daripada peminat yang ingin mengetahui tips daripadanya untuk menjadi seorang yang cantik tanpa memerlukan usaha (effortless beauty).

Minta tips

“Macam mana nak jadi effortless beauty macam missfazura? Pernah jumpa dia depan-depan. Cantik betul. Gigi dia pun tersusun elok,” tulis individu itu.

Membalas komen peminat di Threads, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuffin berkata untuk mendapatkan kecantikan dalaman dan luaran hanya perlu menyayangi diri sendiri.

Sayangi diri sendiri

Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, dia juga pernah melalui fasa tidak mempunyai keyakinan kerana berasakan dirinya tidak sempurna.

“Ada yang kata pakai braces, tapi sebenarnya tak dan dulu selalu insecure gigi macam masuk ke dalam. Aik! Rupa-rupanya dapat jadi model iklan ubat gigi.

“Jadi di sini kita belajar jangan terlalu yakin, jangan terlalu insecure keterlaluan. Sayangi dirimu,” kongsi Fazura.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Beri Kata Semangat Untuk Wanita Baru Sahaja Bercerai - “Kalau Dah Rasa Kosong Itu Petanda Memang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Ada Niat Hina Wanita Sudah Bercerai, Janna Nick Tampil Perjelas Isu ‘Perempuan Gila’ - “Saya Tahu Soalan Itu Sensitif Untuk Fattah Tapi…”

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan Hutang RM4.65 Juta, Fazura Masih Jual Tudung & Sold Out

Dalam pada itu, Fazura dilihat gemar melayan peminatnya dengan membalas komen mereka di platform Threads.

Disebabkan itu juga, ramai peminatnya mengambil peluang bertanyakan soalan kepada pelakon filem Pisau Cukur itu.

#Fazura #peminat #Cantik #Threads #Effortless beauty