HIBURAN
Berdepan Hutang RM4.65 Juta, Fazura Masih Jual Tudung & Sold Out
Sepanjang minggu ini nama aktres jelita Fazura menjadi hangat kerana dakwaan syarikatnya berhutang jutaan ringgit dengan sebuah syarikat, Obor Holding Sdn Bhd.
Syarikat yang diasaskan Fazura, Pink Fate Sdn Bhd, 41, gagal membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada pihaknya, dakwa Pengarah Urusan, Lim Boon Hai.
Menurut laporan berita sebelum ini, Pink Fate dibekalkan tudung dengan nilai RM7.3 juta sejak Jun 2022. Namun, Pink Fate hanya membayar RM2,680,167.90 dari jumlah itu sekali gus masih berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada pihak Feline.
Obor Holding turut mendakwa mereka menghadapi kesukaran untuk mengutip bayaran tersebut sejak Disember 2023.
Namun sejak berita mengenai hutang perniagaan yang membawanya dituntut ke muka pengadilan, Fazura belum memberi sebarang kenyataan rasmi.
Aktres tersebut sebaliknya menjalani kehidupan seperti biasa. Menerusi perkongsian terkini, Fazura dilihat sibuk mempromosikan tudung miliknya dengan harga ‘gila’ iaitu RM20 sehelai khas sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Guru.
Malah menerusi jualan secara langsung yang dilakukan dalam aplikasi Tik Tok pada malam 9 Mei 2025, tudung yang dijual laris dan ‘sold out’.
Meninjau Instagram Story miliknya juga, Fazura berkata cuba akan membalas satu-persatu pesanan yang ditinggalkan peminat dalam kotak pesanannya (DM).
“Terima kasih hari-hari penuh DM doakan yang baik-baik untuk Faz dan juga Fatima. Semoga doa ini berbalik buat semua,”tulis Faz seperti dilihat Gempak.
Barangkali Fazura tidak mahu mengeruhkan keadaan atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menganggu proses mahkamah. Maka kita biarkan Fazura dan pihak Feline menyelesaikan masalah mereka di jalur undang-undang.
Must-Watch Video