Penyanyi Zila Seeron kembali mencetuskan kontroversi apabila bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) itu muncul di laman sosial Instagram (IG) miliknya dengan imej tidak bertudung.
Menerusi dua entri terbaru di IG Zila, dia kelihatan tidak bertudung malah tampil dengan rambut berwarna keperangan atau blonde.
Entri tersebut menunjukkan sekeping foto Zila bersama anaknya dan sebuah lagi entri adalah video menunjukkan dia sedang menyanyi dengan seorang lelaki dalam aplikasi Smule.
Imej barunya itu telah mengejutkan pengikut IG yang rata-rata mengecamnya yang kembali tidak bertudung seperti sebelum ini.
Malah ramai juga yang memohon agar Zila kembali bertudung dan menutup aurat seperti sebelum ini kerana iemj tersebut lebih sopan dan sesuai dengannya.
Zila sebelum ini pernah menggegarkan industri hiburan tanah air apabila ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bukan muhrim ketika dia masih isteri kepada pelawak Along Cham.
Zila kemudian diceraikan Along dengan talak satu pada 29 Ogos tahun lalu.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di