Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Persoal Amitabh Bachchan Masih Aktif Berlakon Pada Usia 81: “Ada Masalah?”

Maliah Surip
19/08/2024 13:54 MYT
Amitabh Bachchan adalah pesohor Bollywood yang sudah menjadi seniman sejak 50 tahun lalu.

Dalam tempoh lima dekad pembabitannya sebagai anak seni, Bachchan sudah terbabit dengan lebih 200 filem.

Kini pada usia 81 tahun, bintang Kabhi Khushi Kahbie Gham tersebut masih aktif.

Bachchan malah muncul dengan lakonan terbaharunya dalam karya OTT berjudul Kalki 2898.

Kemunculan terkini Bachchan ternyata sempat membuat ada segelintir pihak kurang senang.

Ada yang berpendapat aktor tersebut sudah layak bersara dan tidak perlu bekerja setelah usia 81 tahun.

Dengan santai, Bachchan menerusi blognya menjawab persoalan tentang dirinya masih kuat bekerja walaupun sudah tua.

“Mereka kerap bertanya mengapa saya perlu bekerja lagi pada usia begini.

“Adakah anda mempunyai masalah dengan itu (bekerja pada usia 81 tahun)?”tulis Bachchan seperti dlaporkan Hindustan Times.

Beliau kemudian menjelaskan terus aktif bekerja kerana ada permintaan untuknya berlakon.

“Jujurnya saya tidak ada jawapan mengenai mengapa saya terus bekerja kecuali peluang (berlakon) masih ada.

“Anda berhak memberi pandangan dan saya pula berhak di atas pekerjaan saya. Jadi mungkin anda betul tapi juga mungkin salah,” kata Bachchan.

Saat ini Bachchan sibuk menjalani penggambaran naskhah berjudul Vettaiyan yang turut dibintangi Rajinikanth. Filem tersebut dijadual tayang pada Oktober depan.

BERITA TRENDING: Rumah Tangga Didakwa Bakal Musnah, Aishwarya Rai & Abhishek Bachchan Pamer Keharmonian

BERITA TRENDING: Sangkut Jammed, Amitabh Bachchan Tumpang Motor Ke Lokasi Penggambaran

BERITA TRENDING: Amitabh Bachchan Terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Di Arab Saudi

BERITA TRENDING: Amitabh Bachchan Larang Guna Nama, Gambar, Suara - Terpaksa Ambil Tindakan Undang-Undang

#Viral #Bollywood #peminat #Berlakon #Amitabh Bachchan