Laman Utama
Peminat Samakan Nasib Neelofa Dengan Rakyat Palestin - "Neelofa Dibuli & Ditindas Di Tanah Tumpah Darah Sendiri"
Peminat Noor Neelofa tampil memberi sokongan tanpa henti kepada selebriti kesayangannya selepas dilanda kontroversi back to back.
Menerusi Instagram Stories di akaun @lofa.page, pengelola akaun itu menyamakan dugaan yang dihadapi Neelofa dan suami, Haris Ismail ketika ini sama seperti situasi rakyat Palestin.
"Palestin dan Neelofa ada satu persamaan. Palestin ditindas atas tanah sendiri, Neelofa dibuli dan dimaki atas tanah tumpah darah sendiri.
"Perbezaan? Palestin ditindas oleh bangsa Israel tetapi Neelofa dibuli oleh saudara seagama," tulisnya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadam selang beberapa minit dimuat naik.
Mengikut pemerhatian Gempak, pemilik akaun itu turut mengupas mengenai isu pemakaian pelitup muka ketika berpurdah.
Berkongsi artikel BH Online pada 22 Oktober 2020, individu terbabit menekankan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hanya mencadangkan kepada individu memakai purdah atau niqab untuk memakai pelitup muka perubatan atau fabrik tiga lapisan di sebalik purdah yang dipakai.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi sokongan kepada Neelofa dan Haris di samping mendoakan agar pasangan sensasi ini terus diberi kekuatan dari Allah.
"@arbaieyah_jalaludin: Dah macam menteri-menteri dah darjat dorang.. Kes kecik ja pun.. Tu dia Neelofa punya penangan, tiada artis dapat perhatian macamni walaupun Siti Nurhaliza. Abaikan isu, yang penting dapat liputan yang meluas. Bukan semua rakyat mengutuk, ramai juga yang menyokong dan mendoakan yang baik-baik. Alhamdulillah.
"@noor_yatig: Ramai orang yang langgar SOP tapi pasangan ni yang jadi mangsa hati dengki. Neelofa dan pasangan sekarang terima nasib seperti Palestin. Ramai yang dengki spesis yahudi Zionis, kasihan awak.
"@mrssyimaa_marsyia: Kesian Lofa moga Allah permudahkan urusan Lofa suami dan keluarga, netizen Malaysia ni banyak dengki orang di luar sana banyak ja yang langgar SOP disebabkan dia ada nama korang buat dia sampai macam tu.
Pada pagi Khamis, Neelofa dan Haris didakwa di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas tuduhan pelanggaran SOP selepas merentas negeri bagi membeli karpet di sebuah kedai di Nilai 3.
Dia sebelum ini dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 kerana gagal mengamalkan penjarakan zikal ketika majlis perkahwinannya dan merentas negeri ke Langkawi selepas majlis pernikahan mereka.
Bagi dakwaan melanggar SOP sambutan Aidiltri lalu, Neelofa dan sembilan lagi anggota keluarganya sudah memberi keterangan Ibu Pejabat Polis Brickelds, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Must-Watch Video