Peminat Running Man sudah mula merancang untuk menyambut lima figura popular yang dijadualkan tiba di Malaysia pada Jumaat ini.

Walaupun tanpa kehadiran Yoo Jae Suk, namun itu tidak mematahkan semangat peminat untuk bertemu Kim Jong Kook, Song Ji Hyo, HaHa, Lee Kwang Soo dan Ji Suk Jin di hadapan mata mereka sendiri.

Malah akaun Instagram Kim Jong Kook, HaHa dan Lee Kwang Soo juga mula dipenuhi dengan komen-komen yang tidak sabar menunggu ketibaan Running Man di negara ini.

Selain itu, disebabkan jadual anggota Running Man yang agak padat, peminat juga meminta supaya mereka berehat sebaik mungkin sebelum melakukan konsert pada Sabtu ini.

Antara komen yang diterima ialah:

@ismerican: @KJK76 Love the rainbow really good and welcome to Malaysia this weekend oppa.

@__honeyhanis: @KJK76 see u in Malaysia oppa.

@loveRM: @quanhaha79 im gonna see u at the airport oppa, please rest well before concert.

@iiumgombak: @masijacoke850714 come to Malaysia and have a nice day.

@spartaceislove: Oppa! Im So gonna go to the airport just to see you face to face. Oppa please wait for me nae?

Khas buat peminat Running Man, nak tahu bagaimana anda boleh mendapatkan tiket Running Man?

Klik di sini: RUNNING MAN x GEMPAK