,
Hiburan

Peminat Tak Sabar Nak Tonton Munafik 2… Lebih Seram, Lebih Mengejutkan!

Kamaruddin Razal
27/08/2018
11:24 MYT
Kejayaan filem Munafik membuatkan penonton tidak sabar mahu menyaksikan kisah seterusnya dalam Munafik 2.
Menerusi pemerhatian di laman sosial, rata-rata peminat teruja menantikan Munafik yang bakal ditayangkan pada 30 Ogos ini.
Dua tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Ustaz Adam yang masih dihantui oleh kematian isteri dan anaknya, berusaha menentang Abu Jar yang menyebarkan ajaran agama sesat kepada penduduk kampung.
Semangat jahat yang dikaitkan dengan Abu Jar menjejaskan kehidupan Sakinah, seorang ibu tunggal kepada seorang anak yang miskin dari sebuah perkampungan yang terpencil dan Ustaz Adam harus menyelamatkannya daripada kejahatan Abu Jar.
Munafik 2 tetap mendapah sentuhan pengarah tersohor Syamsul Yusof dan merupakan kesinambungan daripada filem Munafik yang ditayangkan pada 2016.
Dibintangi oleh Syamsul sendiri sebagai Ustaz Adam, Fizz Fairuz, Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fauzi Nawawi, Mawi, Rahim Razali dan pelakon Indonesia, Weni Panca, Munafik 2 mengisahkan tentang perjuangan Ustaz Adam yang berhadapan dengan kultus ajaran sesat yang diketuai oleh Abu Jar dan menyelamatkan seorang ibu tunggal dari kejahatan Abu Jar.
Mencatatkan sejarah tersendiri, trailer filem Munafik 2 meraih dua juta tontonan di laman Facebook selepas 24 jam dimuat naik.
Filem seram ini dijadualkan menggegar pawagam seluruh negara pada 30 Ogos 2018! Jom ramai-ramai saksikan Munafik 2!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Dari Pontianak Hingga Ke Penari Tango, Ini Versatiliti Watak-Watak Maya Karin Di Layar Perak

gempak
07/06/2024
10:02 MYT
Sejak awal pembabitan aktres Maya Karin dalam bidang lakonan, keberkesanan pembawaan setiap watak yang dimainkan pasti meninggalkan kesan di hati penonton.
Laman Utama

Tok Adi, Abuja & Tok Haji! Ini Antara Watak Yang Pernah Dilakonkan Nasir Bilal Khan Hingga Jadi Sebutan Ramai

gempak
23/04/2021
13:50 MYT
Memang boom watak ni!
Hiburan

"Banyak Tawaran Berlakon Tapi Malangnya..." - Roslan Salleh Kini Penjual Daging Dendeng

gempak
12/04/2019
09:45 MYT
Berita

“Saya Dah Warning Jangan Sebarkan…”- Syamsul Yusof Puas Hati Pesalah Diarahkan Bayar RM100,000

gempak
13/11/2018
08:20 MYT
Berita

Akibat Muat Naik Filem Secara Haram Di Media Sosial, Produser Munafik 2 Ambil Tindakan Mahkamah

gempak
13/10/2018
05:18 MYT
BorakSeeni