VIRAL
Peminat Terharu Lihat Kesungguhan ALPHA Berlatih Hingga Lewat Malam - “Harap Mereka Tidak…”
Baharu seminggu kumpulan ALPHA ditubuhkan, netizen terharu melihat kesungguhan mereka berlatih menari lagu pertama mereka iaitu Monalisa.
Apa yang menarik perhatian warganet ialah kumpulan yang dianggotai oleh Daniel Sher, Rizal Rasid, Izat Ibrahim, Ray-D, Araff, Sky dan Ariel itu gigih berlatih walaupun jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 pagi.
Menerusi potongan video yang dikongsikan di TikTok, peminat meluahkan rasa bimbang jika mereka tidak terlalu memaksa diri mereka.
“Sudah hampir jam 2 pagi dan mereka masih lagi berlatih. Saya harap mereka tidak memaksa diri terlalu kuat dan saya doakan agar perjalanan mereka berjalan lancar – tiada kecederaan, tiada tekanan, dan mereka dapat menikmati setiap jadual yang ada.
“Jom terus terbang lebih tinggi, ALPHA!,” tulis peminat.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan kata-kata semangat dan doa buat ALPHA agar terus berjaya dalam industri muzik tempatan.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Inilah realitinya bila berada dalam kumpulan lelaki. Kita boleh lihat cara latihan idola K-pop kita. Latihan sebegini akan bantu mereka bersedia untuk sesi latihan di Korea nanti. Semoga mereka mendapat rehat yang cukup dan kekal sihat.”
“Kita saksi tengok mereka dari permulaan dan harap mereka akan terus bersinar selamanya.”
“Semoga kumpulan ALPHA ni boleh pergi jauh. Betapa susahnya mereka berlatih sampai awal pagi. Entah cukup rehat atau tidak,” komen netizen.