BIG STAGE ALPHA
#BigStageAlpha: Bawa Pulang Wang Berjumlah RM30,000, Ariel Fesol Mahu Tunai Ibadah Umrah - “Saya Dah Dapat Peluang Untuk…”
Bintang Big Stage Alpha, Ariel Fesol akui masih tidak mempunyai apa-apa rancangan atas duit kemenangan yang diperolehinya selepas bergelar juara. Bagaimanapun, menurut Ariel atau nama sebenarnya, Muhammad Fhazrill Fesol, sekiranya diberi peluang dia mahu menggunakan wang tersebut untuk menunaikan ibadah Umrah kerana telah lama menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Saya pun tak rancang lagi dengan duit RM30,000 itu nak buat apa tetapi saya dah berjanji dengan diri saya sendiri.
“Sekiranya, saya diberikan peluang dan dipermudahkan impian saya ni, saya nak pergi ke Tanah Suci,” katanya kepada Gempak.
Tambah Ariel lagi, meskipun ramai tahu dia merupakan bekas pramugara dan pernah menjejakkan kaki ke pelbagai negara, namun Mekah belum pernah dikunjungi.
“Macam yang semua orang tahu, saya seorang bekas pramugara, saya dah dapat peluang untuk pergi ke banyak negara tetapi saya belum pernah sampai untuk jejakkan kaki saya ke Tanah Suci, Mekah.
“Jadi, kalau boleh lambat atau cepat, itu antara destinasi yang saya nak pergi selepas Big Stage Alpha,” jelasnya.
Dalam pada itu, Ariel turut menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu kejutan besar, bukan sahaja buat peminat dan netizen, malah untuk dirinya sendiri kerana terpaksa bersaing dengan peserta hebat seperti Izat Ibrahim dan Daniel Sher.
“Alhamdulillah, sebenarnya saya tak rancang apa apa pun lagi sebab netizen tak expect yang saya menang.
“Saya pun tak sangka sebab saya kena lawan Izat Ibrahim, Daniel Sher yang saya rasa big respect to them tapi macam yang saya pernah cakap ‘Jangan pernah berhenti bermimpi’,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Tamatkan Penantian Selama 16 Tahun, Ariel Fesol Syukur Bergelar Juara - “Ini Adalah Momen Yang Saya…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Datuk Syafinaz Selamat Kongsi Sebab Kemenangan Ariel Fesol - “Tapi Saya Pernah Tegur…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Tinggalkan Kerjaya Pramugara Demi Impian Jadi Penyanyi - “Bukan Tidak Bersyukur Tapi…”
BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: 16 Tahun Penantian Berbaloi, Ariel Fesol Dinobatkan Sebagai Juara!
Must-Watch Video