UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Peminat Tersentuh MV Sejarah Bukan Tentang Siti Nurhaliza, Tapi Perjuangan Semua - “Dia Tak Up Diri Dia….”

Ainun 08/02/2025 | 09:55 MYT

Biduanita Negara, Datuk' Seri Siti Nurhaliza baharu sahaja melancarkan muzik video lagu terbaharunya, Sejarah.

Menerusi muzik video yang dimuat naik di YouTube, rata-rata netizen memuji Biduanita itu kerana tidak menjadikan muzik video tersebut berkonsepkan kisah kehidupannya, sebaliknya memilih untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai.
Hal ini membuatkan peminatnya sangat tersentuh dengan menyatakan pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu lebih memilih untuk mengalihkan fokus lagu kepada kesusahan dan perjuangan manusia secara keseluruhan, bukan hanya kisahnya sendiri.

BERITA BERKAITAN: Bukan Lagi Kita Versi Siti Nurhaliza Tular, Nadeera Zaini Akui Terkesima - “Menjadi Satu Impian Sebenarnya…”

BERITA BERKAITAN: Cover Ringkas “Bukan Lagi Kita” Siti Nurhaliza Bikin Netizen Tak Keruan - “Tergamak Tokti Nyanyi Sikit…”

“Siti ni boleh je dia nak up semua kejayaan dia dlm MV ni. Banyak kompilasi video kejayaan dia sepanjang nak diangkat sebagai tapi being Siti Nurhaliza, dia alihkan fokus lagu kepada jerih perih semua manusia. She doesn’t have to tell her story by herself, not her level.
“Terus lagu ni jadi lagu yg sangat uplifting & inspirational. Bravo Dato' Sri Siti Nurhaliza.

“Lagu 1Malaysia ni. Karya untuk semua kita. Lagipun tokti dah banyak lagu balada cinta dan genre lain yang hebat. Inilah high class act & art.

“Mv cantik...very inspiring....dia tak buat untuk up diri dia as biduanita tapi dia relatekan untuk semua orang,” kata netizen.
Bagaimanapun, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat individu yang meninggalkan komen mengenai konsep muzik video Sejarah itu.
Setakat artikel ini ditulis muzik video yang diarahkan oleh Raunajud @ Anuar Sujud itu telah mencecah 20,000 tontonan di laman Youtube.

BERITA BERKAITAN: Siti Nurhaliza Simpan Hasrat Mahu Ke Gaza Lagi, Santuni Guru & Pelajar Sekolah Afwa Al-Afiyah – “Kami Masih Terus Beri Bantuan”

BERITA BERKAITAN: Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Menginap Di Hotel Atlantis The Royal Dubai, Siap Beri Tips Melancong – “Iya Saya Book Sendiri”

Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024).
Lagu ciptaan maestro muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa itu pada mulanya akan dimasukkan dalam album ke-20 iaitu Sitism namun ditangguh.
Malah, Siti menyifatkan lagu yang menggunakan khidmat Czech Symphoy Orchestra itu sangat istimewa kerana ia mempunyai signifikan tersendiri dalam karier Siti Nurhaliza yang bakal mencecah usia 30 tahun berkecimpung di dalam industri muzik.

#Netizen #muzik #Datuk Seri siti Nurhaliza #Video #Diri #Sejarah #Sendiri #Puji #Perjuangan #Up
;