Peminat Teruja Lihat 'Baby Bump' Faye Kusairi

Kamaruddin Razal
Disember 14, 2017 02:01 MYT
Peminat pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba, Faye Kusairi teruja apabila melihat 'baby bump' yang semakin membesar.
Faye yang kini sedang hamil enam bulan berkongsi beberapa keping foto menerusi akaun laman sosial Instagram miliknya, @fayekusairi.
Beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh aktres itu jelas menunjukkan 'baby bump' miliknya yang semakin kelihatan.
Peminat Faye memuji aktres itu yang kelihatan semakin comel ketika hamil.
Pengikut laman Instagram Faye juga mahu pelakon itu menjaga diri serta mendoakan agar kandungan Faye selamat dilahirkan.
"@eiza_kojima_ayumu: Dah agak dah, sis macam kawan saya, sampai enam bulan perut macam tak ada... Tup tup tujuh bulan tiba-tiba je membulat... Entah macam mana baby tu menyorok dalam perut pun saya tak tau..."
"@cqin_faizal: Tahniah @fayekusairi. Dah nampak baby bump..."
"@aliffzpowerprofile: Take care. Love you sayang."
"@ebbyshahira: Tak sabarnya nak tunggu budak comel keluar."
"@twinklebabymy: Comelnya mommy to be ni."
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 April lalu di Ampang, Selangor.
Foto: Instagram Faye
#pelakon #Faye Kusairi #Hamil #Hamil #Pelakon