Hiburan

Peminat Teruja Siti Bakal Adakan Konsert Hujung Tahun 2021 Selepas Bersalin!

gempak
Amri Hassan
23/12/2020
07:25 MYT
Sponsor Banner
Peminat Teruja Siti Bakal Adakan Konsert Hujung Tahun 2021 Selepas Bersalin!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan bakal mengadakan konsert selepas melahirkan anak keduanya tahun hadapan.
Konsert itu dijangka bakal diadakan sekitar hujung tahun 2021.
Malah, kata Siti sudah ada penganjur yang telah bersetuju untuk mengadakan konsert terbabit.
“Insya-Allah, tahun depan saya akan mengadakan konsert pada hujung tahun, setelah saya melahirkan anak kedua ini.
"Pihak penganjur telah pun bersetuju untuk mengadakan konsert, jadi saya akan fokus untuk konsert di Malaysia terlebih dahulu,” jelasnya kepada AWANI.
Kali terakhir Siti mengadakan konsert pada 2019 iaitu Siti Nurhaliza On Tour yang telah menjelajah tiga negara; Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Susulan pengumuman itu, netizen sudah mulai teruja dan berkongsi senarai lagu yang mahu dilantunkan penyanyi kesayangan ramai itu termasuk Aku Bidadari Syurgamu.
Malah, ramai yang tidak putus doa mengharapkan urusan kehamilan anak kedua Siti dipermudahkan.
Dalam pada itu, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live