Terkini
Peminat Usul Gelaran Biduanita Negara Untuk Siti Nurhaliza, Ini Reaksi Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan yang dia merupakan peminat kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bercakap di Parlimen baru-baru ini, Fahmi turut mengakui yang dirinya tergolong dalam kelompok ‘fandom’ penyanyi itu yang digelar Sitizoner.
“Walaupun saya bukan seorang Swiftie, ada pegawai-pegawai saya memang Swiftie.TERKINI:YB @fahmi_fadzil dalam sidang parlimen telah mengesahkan secara terbuka bahawa beliau adalah seorang Sitizoners ?? Kau mampu? Sitizoners sekarang level-level Menteri tau!! pic.twitter.com/kzZ30X30M6— ALAN (@IniAlalalannn) March 13, 2024
“Saya rasa Yang Berhormat Bangi mungkin seorang Swiftie, Indera Mahkota are you a Swiftie? Bukan? Saya lebih cenderung kepada Sitizoner,” katanya.
Hal tersebut sudah tentu mendapat perhatian peminat penyanyi yang baru sahaja menghiburkan ribuan peminat menerusi konsertnya, Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza hujung minggu lalu.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @IniAlalalannn di platform X, Fahmi turut ditanya mengenai gelaran Biduanita yang mungkin boleh diberikan kepada Siti secara rasmi.
Menariknya, Fahmi turut terpanggil untuk menjawab pertanyaan tersebut.
Untuk rekod, gelaran Biduanita Negara buat ini hanya diberikan kepada dua penyanyi sahaja iaitu Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Sumber: Twitter IniAlalalannn
BERITA TRENDING: Bantuan Kotak Makanan, Edaran Bubur Lambuk, Bantuan Khas Gaza… Ini Antara Inisiatif Yayasan Nurjiwa Menerusi…
BERITA TRENDING: Sebut Nama Khai Bahar, Netizen Terhibur Lihat Telatah Comel Aafiyah!
Must-Watch Video