Sepotong video yang memaparkan telatah anak beranak penyanyi no 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza dan Aafiyah berjaya mencuri perhatian netizen.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang individu di platform X, memaparkan Siti yang sedang mempromosikan barangan jualannya dan berinteraksi bersama penonton ketika bersiaran langsung di TikTok.
@beausiti.byrayaaronz Aafiyah buat hal masa Tokti live ?. Lumrah ibu-ibu bekerjaya ?. #SitiNurhaliza #Ctdk #Tokti #SimplySiti #BeauSiti #Perfume #Oud #PerfumeSitiNurhaliza #Ray #RayAaronz #RayAaronzMallHq #ByRayAaronz #RayDicksonTanggangon ♬ original sound - SITI NURHALIZA MALL
Namun, apa yang mencuit hati netizen apabila melihat gelagat Aafiyah yang meminta ibunya untuk menemani dirinya bagi membuang air besar dan sempat menyebut nama penyanyi, Khai Bahar secara spontan walaupun tidak berkait langsung dengan situasi tersebut.

"Hmm nak berak,” kata Aafiyah.

"Haih jangan lah cakap kat sini habis lah malu lah. Pergi lah toilet nanti ibu dating,” balas Siti lembut.

"Aafiyah nak pergi Kelantan," tambah Aafiyah

"Pergi Kelantan pulak", balas Siti.

"Kak Jah punya kampung. Tahu tak Khai Bahar, tahu tak Khai Bahar," ujar Aafiyah sambil disambut gelak tawa ibunya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat rata-rata netizen terhibur dengan telatah yang dipaparkan Aafiyah dan ibunya.

“Tahu tak Khai bahar?” ibu dia pun sampai tergelak! comel lah Aafiyah ni.

"Random sangat masalahnya haha mula-mula berak, nak pi kelantan tetiba Khai Bahar masuk.

"Aafiyah minat Khai Bahar ke?

"Hahahaha. Simpan video ni tunjuk kat Aafiyah bila dia dah besar. Saja buat dengki," komen beberapa netizen terhibur.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran video tersebut telah mendapat sebanyak 500 ribu tontonan di platform X.

Berita Trending: “Kita Berkongsi Tu Sebab Kita Nak Bagi Ilmu Kepada Semua” - Siti Nurhaliza

Berita Trending: Bantuan Kotak Makanan, Edaran Bubur Lambuk, Bantuan Khas Gaza… Ini Antara Inisiatif Yayasan…