Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Peminat Usul Gelaran Biduanita Negara Untuk Siti Nurhaliza, Ini Reaksi Fahmi Fadzil

Izwan Isa
14/03/2024 00:36 MYT
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan yang dia merupakan peminat kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bercakap di Parlimen baru-baru ini, Fahmi turut mengakui yang dirinya tergolong dalam kelompok ‘fandom’ penyanyi itu yang digelar Sitizoner.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Walaupun saya bukan seorang Swiftie, ada pegawai-pegawai saya memang Swiftie.

“Saya rasa Yang Berhormat Bangi mungkin seorang Swiftie, Indera Mahkota are you a Swiftie? Bukan? Saya lebih cenderung kepada Sitizoner,” katanya.

Hal tersebut sudah tentu mendapat perhatian peminat penyanyi yang baru sahaja menghiburkan ribuan peminat menerusi konsertnya, Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza hujung minggu lalu.

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh @IniAlalalannn di platform X, Fahmi turut ditanya mengenai gelaran Biduanita yang mungkin boleh diberikan kepada Siti secara rasmi.

Menariknya, Fahmi turut terpanggil untuk menjawab pertanyaan tersebut.



Untuk rekod, gelaran Biduanita Negara buat ini hanya diberikan kepada dua penyanyi sahaja iaitu Allahyarham Puan Seri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Sumber: Twitter IniAlalalannn

BERITA TRENDING: Bantuan Kotak Makanan, Edaran Bubur Lambuk, Bantuan Khas Gaza… Ini Antara Inisiatif Yayasan Nurjiwa Menerusi…

BERITA TRENDING: Sebut Nama Khai Bahar, Netizen Terhibur Lihat Telatah Comel Aafiyah!

#Siti Nurhaliza #Fahmi Fadzil #Biduanita Negara