Peminat Wanita & Lelaki Hantar Foto Lucah Kepada Hun Haqeem

Kamaruddin Razal
Ogos 3, 2020 23:55 MYT
Pelakon yang sedang meningkat naik, Hun Haqeem mendedahkan dirinya mula diganggu oleh peminat yang bersikap keterlaluan.
Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, 22, menerima gangguan berunsur lucah daripada peminat wanita dan lelaki.
"Ada yang menghantar gambar lucah. Perempuan ada, lelaki pun ada. Pengurus saya pula diganggu dengan panggilan video oleh mereka yang ingin bercakap dengan saya.
"Saya tak boleh nak halang, kalau orang tu nak buat, walau apa yang saya katakan pun, mereka tetap akan buat. Apa yang saya boleh lakukan pun?" kata Hun.
Biarpun diganggu, jejaka yang dikenali dengan watak Jekfer dalam drama bersiri Kampung People ini tidak melakukan sebarang tindakan lanjutt.
"Saya hanya buat bodoh sahaja. Setiap kali perkara terbabit terjadi kepada saya, perkara terbaik yang boleh saya buat adalah untuk tidak melayan mereka.
"Kalau saya pertikaikan perkara itu pun, ia akan menyebabkan perbalahan. Lagilah mereka suka sebab kita dah beri perhatian kepada mereka dan lagilah mereka akan buat.
"Jadi, lebih baik saya diam dan buat bodoh," katanya lagi.
BACA: Hun Haqeem Takut Bila Cepat 'Naik'
BACA: "Bukannya Tak Nak Cari GF, Tapi.." - Hun Haqeem Dah 3 Tahun Single
BACA: "Saya Tidaklah Popular Mana Pun" - Hun Haqeem Bersyukur Semakin Dikenali
Dalam perkembangan lain, Hun kini sibuk di lokasi penggambaran drama komedi Kampung People musim kedua.
Hun juga bakal terlibat dalam satu program menarik yang akan didedahkan tidak lama lagi!
Stay tuned!
#Foto Lucah #Hun Haqeem