Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice Kongsi Screenshot Dari Mangsa

Firdaus
31/05/2024 03:28 MYT
Susulan penularan kes berkaitan seorang pempengaruh Islamik yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita, aktivis dan penyanyi rap, Caprice tampil memuat naik beberapa tangkap layar perbualan daripada mangsa isu tersebut.

Screenshot Mesej

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan di Instagram Stories Caprice, dapat dilihat perbualan antara pempengaruh itu dengan individu yang didakwa mangsa, di mana influencer berkenaan bersikap ‘flirty’ terhadap tuan penerima mesej.


"InsyaAllah kami bantu janji bukti-bukti lengkap...

Dalam pada itu, Caprice turut meminta mana-mana individu yang menjadi mangsa untuk tampil menghubunginya agar kes berikut dapat diselesaikan.

“Kalau ada mangsa-mangsa lain tapi takut ke hadapan, boleh mesej kami, InsyaAllah kami bantu janji bukti-bukti lengkap,” tulisnya.

Sekadar info, sebelum ini kecoh tentang seorang pempengaruh Islamik berusia 27 tahun yang ditahan selepas disyaki menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita menerusi panggilan video.

BERITA TRENDING: Bekas Kekasih Influencer Popular Tampil Spill The Tea? - “Kalau Betul Kau Tak Salah..”

Bagaimanapun, tiada informasi tentang identiti sebenar pempengaruh tersebut.

Sumber: Instagram

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Viral #Caprice #Influencer #Gangguan Seksual #Mangsa
;