Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pempengaruh Ugut Nak Sebarkan Video S*ks Bekas Isteri? Ini Tindakan Yang Boleh Dikenakan Dari Segi Undang-Undang

Firdaus
03/08/2024 03:55 MYT
Tular sebelum ini tentang seorang pempengaruh yang didakwa mahu menyebarkan video lucah bersama bekas isterinya dek kerana kemelut rumah tangga.

Isu viral itu meraih perhatian ramai pihak termasuklah seorang peguam yang dikenali sebagai Yasmin Khalid yang memberi pandangan tentang perkara tersebut menerusi perspektif undang-undang.

Menurut Yasmin, 28, sesiapa sahaja yang memeras ugut boleh dikenakan tindakan penjara selain denda dan sebatan.

“Perbuatan itu boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun...

“Bila seseorang itu memeras ugut sama ada isteri, teman wanita ataupun mana-mana pihak untuk menyebarkan gambar atau video lucah itu jatuh di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan pemerasan.

“Perbuatan itu boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun, boleh dikenakan denda atau sebatan ataupun kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan,” jelasnya.

Sebar Aib Atas Talian

Berkongsi lebih lanjut tentang kes penyebaran aib secara atas talian, Yasmin menyatakan perbuatan itu dikategorikan di dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media dan juga boleh dipenjara serta denda maksimum RM50,000.

“Jika seseorang itu menyebarkan aib seperti perbualan, gambar melalui platform media sosial ataupun mana-mana platform penyiaran itu adalah kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Media.

“Kesalahan itu memperuntukkan penjara tidak kurang daripada setahun dan hukuman denda maksimum RM50,000.

“Jadi tolonglah jika ada masalah peribadi, simpan sahaja dengan diri sendiri dan bincang dengan cara yang baik. Tolong jangan sebarkan,” katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING:Ananda Natasha Tak Kisah Ada Pihak Sebelahkan Andika Putera, Anggap Setiap Orang Ada Hak Beri Pendapat - "Manusia Ada Macam-Macam Pendapat"

​BERITA TRENDING:Peguam Beri Nasihat Pada Andika – “Hal Keluarga Tak Perlu Digembar Gemburkan Dikhalayak Ramai”

​BERITA TRENDING: Ananda Natasha Dedah Punca Andika Ugut Mahu Sebarkan Video ‘Bersama’ - “RM600 Bukan Saja-Saja Minta, Itu Baki Hutang Dia”

​BERITA TRENDING:Ananda Natasha Beri Komen Balas Dengan Slideshow, Dakwa Andika Tipu Mahkamah - “Bukan Main Kau Suruh Aku Cakap Dekat Hakim Cerai Satu Kali Je”

Sekadar info, Yasmin Khalid sebelum ini tular di media sosial selepas mengulas tentang kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Menerusi entri berkenaan, Yasmin menerangkan lebih lanjut mengapa enam bekas penuntut UPNM yang terlibat dalam jenayah itu dijatuhkan hukuman gantung (Seksyen 302 Kanun Keseksaan) oleh hakim.

#Video #Lucah #Undang-Undang #Andika Putera #Ananda Natasha #Yasmin Khalid
;