Hiburan

Peguam Beri Nasihat Pada Andika – “Hal Keluarga Tak Perlu Digembar Gemburkan Dikhalayak Ramai”

gempak
Mya Amri
31/07/2024
09:20 MYT
Sponsor Banner
Peguam Beri Nasihat Pada Andika – “Hal Keluarga Tak Perlu Digembar Gemburkan Dikhalayak Ramai”
Peguam yang dilantik oleh Andika Putera untuk menguruskan kes rumah tangganya bersama bekas isteri, Ananda Natasha memberikan sedikit nasihat kepada pempengaruh itu.

Masalah rumah tangga jangan dihebahkan

Menurut peguam yang tidak dinyatakan namanya itu berkata hal melibatkan rumah tangga seeloknya jangan dihebahkan kepada umum kerana khuatir akan menimbulkan tanggapan negatif masyarakat.

“Saya sebagai peguam yang dilantik, menasihatkan tuan Andika. Perihal keluarga ini tidak perlulah digembar gemburkan dikhalayak ramai.

“Yang kedua, saya memberi nasihat perundangan kepada tuan Andika. Sebagai pempengaruh, mentor, ahli perniagaan dan public figure, kita mempunyai keupayaan atau tanggungjawab dalam menyampaikan sesuatu yang baik kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram Andika.

BERITA TRENDING: Kecoh Hal Rumah Tangga, Andika Putera Mohon Maaf - “Saya Perlu Berhati-Hati Lepas Ni”

BERITA TRENDING:Mahu Bersihkan Nama, Andika Putera Buat Presentation Guna Whiteboard Jelaskan Isu Curang - "Ini Adalah Cara Untuk..."

BERITA TRENDING:Ananda Natasha Akan Bongkar Bukti Curang Jika Keluarga Andika Putera Masuk Campur - "Saya Tak Pernah Beritahu Kenapa Kami Bercerai"

BERITA TRENDING:Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

BERITA TRENDING:"Saya Dah Lama Move On, Tapi Masih Terkilan Kawan Baik Sendiri Yang Sailang Masa Iddah" - Ananda Natasha

BERITA TRENDING:"Tiga Tahun Awak Curang, Tak Cukup Staf, Bini Orang Pun Awak Sailang" - Bekas Isteri Dakwa Pempengaruh Kerap Main Kayu Tiga

Fokus kepada perkara yang lebih bermanfaat

Dalam pada itu, peguam Andika ini juga berharap masyarakat dapat menghentikan sebarang penyebaran gosip yang tidak benar mengenai anak guamnya.
“Perlu dihentikan kerana jikalau melarat akan mengakibatkan perkara-perkara yang langsung tidak memberikan manfaat yang bagus.

“Pada pandangan saya, kita hentikan spekulasi spekulasi jahat, gosip liar dan drama drama yang tak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini untuk kita fokuskan kepada perkara-perkara yang lebih bermanfaat.

“Kita ambil semua perkara ini, kita serahkan kepada mahkamah yang mulia untuk serahkan daripada sudut perundangan,” ujarnya.
Terdahulu, Andika akhirnya tampil melakukan permohonan maaf secara terbuka berikutan kontroversi mengenai hal rumah tangga bersama bekas isteri, Ananda Natasha pada Selasa.
Andika menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TilTok dan Instagram miliknya berkata dia juga memohon maaf sekiranya perkara yang berlaku itu telah menimbulkan perspektif negatif orang ramai.
Untuk info, Natasha baru-baru ini memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti bahawa bekas suaminya itu bermain kayu tiga bersama staf dan juga rakannya.
Bagaimanapun Andika kemudiaanya tampil mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan dirinya curang adalah tidak benar.
Andika dan Natasha telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Alisha Puteri.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024