Nama Ezurin Khyra barangkali asing didengar. Beliau bukan bintang filem atau pelaku seni yang dikenali kebanyakan orang.

Namun buat khalayak dan peminat yang telah mengenal wanita ini sebagai seorang model beberapa tahun silam, Ezurin sangat akrab dengan mereka.

Biar hanya ada yang mengenali beliau lewat media sosial, Ezurin yang kini menjadi tetamu dalam program The House mempunyai tarikan yang membuat peminatnya tertarik dan sering berbagi hal yang positif kepada pengikutnya.

Sikapnya yang ceria, terbuka dan sangat humble membuat banyak peminat atau pengikut Instagram ibu lima anak ini selesa dengannya.

Malah Ezurin juga dilihat jarang menghampakan para pengikutnya saat berinteraksi secara virtual di akaun Instagramnya.

Terkini, Ezurin membuat para pengikutnya gembira apabila mengumumkan dirinya sedang menghantar batch pertama buku doa berjudul Seeking Serenity yang sering beliau kongsikan selama ini kepada mereka.

"1ST batch of seeking serenity DUA's ready.. With love from Ezurinkhyra (batch pertama rangkaian doa seeking serenity akan bertemu anda. Penuh cinta dari Ezurinkhyra)," tulisnya di Insta Story beberapa hari lalu.



Buku doa yang dikirimkan personaliti program The House ini adalah buku doa yang selalu beliau guna dan kongsikan potongan indahnya di Instagram.

Perkongsiannya itu telah membuat banyak pengikutnya bertanya dan tertarik untuk memiliki buku doa tersebut.

Tanpa memberitahu di mana beliau memperoleh buku doa tersebut, Ezurin sebaliknya memberi kejutan dengan membuat penghantaran kepada para pengikutnya mengikut fasa.

Wow, memang luar biasa! Bukan sahaja pemurah, Ezurin juga berkongsi 'saham akhirat' dengan pemberian buku doa ini.

Beruntungnya siapa yang dapat. Semoga memberi manfaat guys.

Nama Ezurin menjadi perbualan hangat sejak kebelakangan ini selepas menjadi tetamu dalam program terkini The House.

Bekas model ini dihadirkan bersama lima anak anaknya iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra turut menampilkan rakan karibnya, Magie Abang.

The House akan bersiaran selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria(124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, pukul 9 malam.