Penampilan Bertudung Labuh Hanis Zalikha Dapat Pujian Netizen

Zulaikha Yusof
Ogos 22, 2018 09:38 MYT
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha telah mengundang perhatian ramai orang apabila mengenakan khimar ketika perayaan Aidiladha yang disambut hari ini.
Hanis berkongsi dan memuat naik gambar dirinya bertudung labuh di laman Instagram (IG) miliknya.
Rata-rata peminat memuji kecantikannya apabila mengenakan hijab labuh, malah ada yang berharap semoga Hanis terus beristiqamah.
Isteri kepada pelakon Hairul Azreen itu turut mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan baik-baik kepadanya.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
#pelakon #Hanis Zalikha #Pengacara #Pelakon