"Penampilan Memang Penting, Tapi..." - Ruhainies Tak Guna Produk Mahal

Kamaruddin Razal
November 25, 2019 12:30 MYT
Pelakon cantik, Ruhainies, 27, mengakui dia amat mementingkan penampilan kerana kerjayanya sebagai seorang selebriti.
Namun begitu, pemilik nama penuh Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tidak menggunakan produk yang mahal untuk penjagaan wajah.
"Tak dinafikan, pemikiran banyak orang yang menganggap penggunaan produk mahal barulah mendatangkan kesan yang baik serta membuatkan kita cantik.
"Penampilan memang penting, tapi tak semestinya kita harus menggunakan produk mahal. Asalkan ia mendatangkan kesan yang baik, sudah memadai.
"Saya sangat bersyukur kerana untuk mengekalkan penampilan, saya tak menggunakan produk mahal untuk menjaganya. Saya hanya menggunakan produk yang biasa-biasa sahaja, tetapi hasilnya baik," katanya.
Tambah Ruhainies, dia juga beruntung kerana mempunyai metabolisma yang tinggi.
"Sejujurnya, saya tak bersenam di gimnasium atau pusat kecergasan. Saya meluangkan masa sekali dalam seminggu untuk memanjakan diri dengan berurut dan sesi spa.
"Selain itu, saya hanya mengamalkan aktiviti renang. Sebenarnya, saya rasa sangat bertuah kerana mempunyai metabolisma tinggi," katanya lagi.
Ruhainies ditemui di pelancaran cawangan kelima butik kecantikan My Beaute Village di IOI Mall, Puchong baru-baru ini.
Dalam acara terbabit yang berlangsung di F51A & F52B, First Floor North Wing, IOI Mall Puchong, Ruhainies sempat menghabiskan masa bersama peminat dalam sesi 'meet and greet'.
#pelakon #Ruhainies #Pelakon