Penyanyi ternama Indonesia, Tulus bakal mengadakan konsert mini di Malaysia pada September ini.
Bertemu dengan penyanyi lagu Sewindu ini, dia terharu dengan sambutan yang diterima dari peminat di Malaysia.
"Saya tahu muzik saya didengari di negara luar, terutamanya di Malaysia menerusi laman sosial. Sejujurnya, saya sendiri tak sangka saya ada peminat di luar Indonesia.
"Saya sangat terharu dan rasa berbangga dengan sambutan yang diberikan. Alhamdulillah, akhirnya album ketiga saya, Monokrom dipasarkan di Malaysia," kata Tulus yang ditemui ketika majlis pelancaran album terbabit di The Intermark, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mula menceburkan diri dalam dunia nyanyian di Indonesia dengan album debut berjudul Tulus yang dilancarkan pada tahun 2011, penantian peminat di Malaysia seakan berbaloi dengan terlangsungnya konsert mini itu kelak.
"Saya mula berkarya pada tahun 2011. Tahun 2014 pula saya muncul dengan album kedua yang berjudul Gajah.
"Terbaru, saya melancarkan album ketiga berjudul Monokrom dan sambutannya sangat baik di Indonesia. Akhirnya, album ketiga saya dapat peluang untuk dipasarkan di Malaysia.
"Saya anggap perkara ini sebagai satu hadiah yang manis untuk peminat Malaysia yang menanti selama tujuh tahun serta ia menjadi salam perkenalan kepada peminat baru di sini," katanya lagi.
Tulus bakal mengadakan konsert mini pertamanya di Malaysia pada 18 September ini di Istana Budaya dan acara tersebut dianjurkan oleh Shiraz Projects.
Teks: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Wed Jun 27 2018


“Banyak Lagi Lelaki Bujang Kenapa Nak Suami Orang…” - Nama Tiba-Tiba Kena Petik, Sophia Albarakbah Diserang Netizen
Alamak kena serang pula.
![[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’ [VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/3_10.png?ext=.png)
[VIDEO] “Tegur Belakang Kamera, Tengking La Bagai Nak Gila” - Elly Mazlein Beri Pandangan Isu Juri Beri Komen ‘Kasar’
Ada betul juga kata Kak Lina...

9 Hari Di Tanah Suci, Fasha Sandha Ada Sebab Tak Update Gambar & Video - “Memang Tak Ada Ruang Untuk…”
Alhamdulillah...

Peraduan Gempak Most Wanted
Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Sambutan Tahun Baru Cina masih terasa hangat meski sudah hampir seminggu diraikan.

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.

Berjaya Turun Berat Badan 15kg, Danny X-Factor Berniat Tambah Cahaya Mata; “Saya Semakin Berumur, Jadi Ini Masa…”
Insyallah

“Ira Kazar Hamil? Saya Tidak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Datuk Yusof Haslam
Betul ke Ira Kazar hamil?

TMSMY3: “Zirafah King Of Bottom Three, Mana Nak Dapat”- Norman Hakim
Luculah Zirafah ni.

Bukan China, India Kini Miliki Penduduk Paling Ramai Di Dunia
China tidak lagi berada pada posisi pertama.