
Buat pasaran tempatan, ia ditawarkan dengan dua warna iaitu
Winning Red dan
Mat Gunpowder Black Metallic yang mana harganya dijual pada harga
RM25,999. Biarpun agak mahal sedikit berbanding model jenama lain dalam segmen yang sama, CBR250RR sebenarnya mempunyai banyak kelebihan.

Dari segi enjin, ia menggunakan rangkaian kuasa 250cc dua silinder DOHC yang mampu menyalurkan
40hp pada 13,000rpm dengan tork setinggi
25Nm pada 11,000rpm.

Pada masa sama, ia dilengkapi dengan
tiga mod tunggangan, selain didatangkan dengan
Klac Assist/Slipper dan tidak lupa juga ditawarkan
Quick Shifter. Sebenarnya, ciri-ciri itu yang boleh ditemui pada motosikal berkuasa tinggi yang lebih mahal harganya.

CBR250RR yang mempunyai berat
168kg ini juga memiliki tangki minyak
14.5 liter, yang mana penunggangnya tidak perlu mengisi bahan api dengan kerap.

Untuk pengendalian, ia dilengkapi
suspensi fork terbalik di hadapan, manakala belakang didatangkan lengan ayun aluminium dengan padanan monoshock Pro-Link System boleh laras.

Kuasa hentian pula diperkuatkan dengan
kaliper brek dua omboh di hadapan, manakala tunggal di belakang. Ia juga mempunyai sistem ABS untuk brek hadapan dan belakang.

Sekiranya mahu melihatnya lebih dekat, anda boleh berkunjung ke pengedar
Honda Big Wing, Impian X dan Impian berhampiran.