"Penantian Dengan Rasa Hiba, Sayu, Gembira" - Uyaina, Syahiran Sambut Kelahiran 'Baby U'
Amri Hassan
09/09/2022 04:25 MYT
09/09/2022 04:25 MYT
Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran telah selamat menyambut kelahiran anak sulung mereka pada petang Khamis.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, kata Syahiran, isterinya telah selamat bersalin menerusi teknik pembedahan caesarean.
"Assalamualaikum anakanda ku.. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah..
"Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan.
"Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa & agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia & seorang pemimpin yang hebat. Baba & Mama love you so much," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Mohon Syahiran agar peminatnya mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan.
"Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk anak sulung kami.. Dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga," tambahnya.
Terdahulu, menerusi majlis baby shower, Uyaina mendedahkan telah memilih nama bayi mereka yang bermula dengan huruf U.
Uyaina dan Syahiran melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, di sini, pada 20 Disember 2021.