Terkini
“Penat Je Kami Tunggu” - Pelanggan Kecewa PS Sapu Licin Cromboloni, 6 Jam Beratur Sia-Sia!
Tular di platform X, pelanggan meluahkan rasa kecewa nya selepas beratur sehingga 6 jam hanya untuk mendapatkan cromboloni di sebuah kafe lokal.
Dalam video yang berdurasi 1 minit 45 saat tersebut, menunjukkan luahan beberapa pelanggan yang tidak puas hati setelah semua manisan tersebut di sapu habis oleh pembeli peribadi atau personal shopper (PS).
“Beratur 6 jam dari pukul 8.40 sampai 2.40 petang.
“Kedai claimed customer boleh beli unlimited pcs.
“Tapi disebabkan PS datang awal, mereka dapat beli dahulu and end up pelanggan yang beratur lama hanya dapat beli limited 2pcs per flavor sahaja,” tulis seorang individu di entrinya tersebut.
Dalam pada itu, untuk meredakan kekecohan, wakil daripada pihak kafe tampil memberikan penjelasan setelah cromboloni yang ditunggu-tunggu tersebut habis di ‘sailang’ PS.
“Yang pertama, staff saya tak cukup tidur lagi dari semalam untuk buat cromboloni.
“Yang kedua, saya tak cukup staf juga sekarang.
“Ketiga, PS dah order lama sebenarnya, bukan pagi ini baru mereka order,” jelasnya.
Berita Trending: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?
Namun, kenyataanya tersebut ternyata sia-sia kerana pelanggan masih tidak berpuas hati atas alasan yang diberikan.Beratur 6 jam dari pukul 8.40 sampai 2.40 ptg. As claimed customer bleh beli unlimited pcs. Tpi disebabkan PS dtg awal, dierang yg dpt sapu dulu and end up cust yg beratur lama dpt beli limited 2pcs per flavor je. pic.twitter.com/MW7EXbXR1I— Irsyad (@IrsyadAdanan) January 7, 2024
“Kalau macam tu baik tak perlu uar-uar kan, buat je untuk PS, tak perlu open untuk semua.
“Baik buat untuk PS je buat penat je kami beratur,” luah seorang pelanggan.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut menerima sebanyak 5.5 juta tontonan di aplikasi X.
Must-Watch Video