Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham telah selamat bergraduasi daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) petang semalam.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 22, berkongsi rasa syukurnya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Teater dari institusi pengajian terkemuka itu.

"Alhamdulillah. Apa yang diimpikan selama ni, penat lelah, batu-batu penghalang yang telah aku tepis.

"Hari ini adalah hari penghargaan untuk diri ini.

"Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu secara langsung ataupun tidak langsung," tulisnya menerusi entri di Instagram.

Alhamdulillah. Apa yang diimpikan selama ni, penat lelah, batu batu penghalang yang telah aku tepis, hari ini adalah hari penghargaan untuk diri ini. Terima kasih kepada semua yang telah membantu sepanjang aku belajar dulu secara langsung ataupun tidak langsung.❤️

A post shared by Mr. Nicky (@ayieelhamf88) on


Ayie turut berkongsi foto-foto dan rakaman video sepanjang istiadat konvokesyen itu berlangsung semalam.

Sementara itu, akaun Instagram vokalis kacak itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminatnya.

Malah, ada yang mahukan Ayie untuk aktif dalam bidang pementasan teater dan lakonan selari dengan jurusan yang dipelajarinya di Aswara.

Tahniah daripada kami di Gempak!