Pejam celik pejam celik, Isnin ini bakal berlangsungnya acara penuh berprestij Oscars ke-93.

Calon yang bertanding sudah pun diumumkan dan seperti biasa peminat drama atau perfilem pastinya menantikan keputusan siapakah pemenang yang bakal membolot anugerah tertinggi Oscars.

Namun, tahukah anda banyak perkara menarik anda perlu tahu tentang Oscars tahun ini?

#1 Filem Promising Young Woman merupakan pencalonan dengan kadar nilai domestik tertinggi iaitu sebanyak RM6.2 Juta.

#2 Tahun ini menyaksikan pencalonan wanita paling banyak iaitu seramai 70 orang secara keseluruhannya.

#3 11 daripada kesemua calon merupakan percubaan pertama mereka dalam lakonan.

#4 Pelakonan Frances MCDormand merupakan wanita pertama yang memperoleh pencalonan dalam Best Picture dan Best Actress menerusi satu filem iaitu Nomadland.

#5 Pencalonan pelakon Gleen Close merupakan kali kelapan dan dia tidak pernah menang mana-mana Oscars sebelum ini.

#6 Pelakon paling tua yang tercalon dalam Best Actor adalah Anthony Hopkins iaitu berusia 83 tahun

#7 Seramai lima pelakon yang pernah memenangi Oscars sekali lagi tercalon tahun ini

#8 Filem Mank membolot 10 pencalonan secara keseluruhan iaitu paling banyak berbanding filem lain tahun ini.

#9 Buat pertama kalinya terdapat dua pengarah wanita tercalon untuk Best Director iaitu Chloé Zhao dan Emerald Fennell

#10 Selepas menghasilkan 12 filem, pengarah Thomas Vinterberg akhirnya menerima pencalonan pertamanya untuk Another Round.

Bagi anda yang tidak menunggu acara gemilang ini, sediakan tempat duduk dan nantikan anugerah #Oscars ke-93 yang akan tiba pada 26 April, jam 8 pagi.

Saksikan secara langsung di Hello (Saluran 702) dan Astro Ria (Saluran 104).

Karpet merah akan bermula pada jam 6.30 pagi di Hello (Saluran 702) & strim aplikasi Astro GO di mana jua anda berada.

Sementara itu untuk anda yang ingin mengetahui calon penuh Oscars ke-93, anda boleh lihat gambar di bawah.