VIRAL
Pencapaian Akademik Dipertikai, Dr. Azizan Osman Jawab Tuduhan Netizen, Ajak Rakyat Malaysia Bangkit & Upgrade Diri - “Saya Bukan Tong Kosong”
“Kau buat apa pun, akan ada yang mengata. Teruskan je jalan. Diam, upgrade, naik. Biar hasil jawab semua.”
Itu antara kata-kata yang dikongsikan mentor usahawan terkenal, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman sebagai reaksi terhadap segelintir netizen yang mempertikaikan kredibiliti dan pencapaian akademiknya baru-baru ini.
Perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Facebook rasmi, @AzizanOsman_official, menjawab segala persoalan berhubung isu graduasi beliau dari United Kingdom minggu lalu yang menjadi bahan bualan hangat sesetengah pihak.
“Lewat malam tadi (22 Julai) saya baru landing dari Manchester dan pagi ini belum sempat rehat, saya dah terbang pula ke Kota Bharu untuk berkongsi ilmu bersama usahawan dalam program Astro Media Solution - SMEVaganza.
“Flight bayar sendiri dan tidak dibayar pun untuk berkongsi. Sebab saya percaya dengan prinsip dan hadis Nabi Muhammad SAW – Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaat kepada orang lain,” katanya.
Dr. Azizan menegaskan, pencapaian akademik yang dikongsi itu bukanlah untuk menunjuk, tetapi sebagai bukti usaha keras dan kesungguhan beliau menimba ilmu demi memberi lebih banyak nilai kepada usahawan.
“Saya baru tamatkan Master of Laws in Corporate Governance dari University of Cumbria – United Kingdom Public University. Bukan beli, bukan honorari. Saya belajar betul-betul. Dissertation, kelas, submission semua saya buat sendiri,” jelasnya.
Lebih membanggakan, beliau kini sedang menyambung pengajian peringkat PhD di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan menegaskan minat belajar bukan untuk kelihatan hebat, tetapi untuk jadi lebih bermanfaat kepada masyarakat.
“Saya tahu, bila saya belajar, saya upgrade diri saya untuk bantu lebih ramai orang capai kejayaan. Saya bukan jenis suka cakap kosong atau ‘tong kosong’. Saya bina bisnes yang nyata dan praktikal.
“Orang pelik macam mana saya boleh belajar sambil urus banyak bisnes? Sebab saya bukan baru buat bisnes semalam. Sama ada saya bina atau saya melabur dalam bisnes,” katanya lagi.
Malah, beliau turut menjelaskan bahawa jenama ‘Jajan Azizan’ yang pernah tular hanyalah salah satu contoh praktikal yang dicipta lebih 12 tahun lalu dalam kelas pemasaran untuk mengajar teknik penciptaan jenama dan pembungkusan produk.
Nak ubah hidup? Ini peluangnya!
Kepada anda yang ingin mengenali Dr. Azizan Osman secara lebih dekat dan ingin mengubah hidup ke arah lebih baik, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke program Transformasi360 yang akan berlangsung awal September ini.
Program ini bukan sekadar seminar biasa, tetapi merupakan platform untuk peserta mencetuskan perubahan dalam hidup, perniagaan dan cara berfikir, terus daripada seorang mentor yang terbukti kejayaannya.
Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat di laman rasmi: www.transformasi360.com
Jangan tunggu lagi, ubah hidup anda sekarang!
Must-Watch Video