,
Hiburan

Pencarian Sukar Kerana Arus Deras, Rakan-Rakan Selebriti Doakan Pitt Hanif Segera Ditemui

Azwa Rahman
27/10/2019
08:42 MYT
Susulan kehilangan pengarah yang juga anak kepada pelakon tersohor, Fauziah Nawi, Pitt Haniff ketika sedang memancing di Sungai Mela, Kuala Lipis semalam, ramai rakan selebriti tampil memanjatkan doa.
BACA: Bot Karam, Anak Fauziah Nawi Hilang Ketika Memancing Di Kuala Lipis
Menerusi laman sosial Twitter, rakan-rakan selebriti berkongsi kicauan tentang rasa bimbang mereka dan berharap agar Pitt segera ditemui.
Penyanyi Yuna menerusi satu kicauan melahirkan rasa sedihnya sejurus selepas mengetahui berita tersebut. Yuna turut berkongsi pernah bekerjasama bersama Pitt menerusi muzik video Black Marquee.
Pelakon Sharifah Amani antara yang bersedih dengan kehilangan Pitt. Menerusi satu kemas kini terbarunya di Twitter, Amani telah ke Pahang untuk menyertai misi mencari bersama keluarga Pitt. Doa pelakon Beto Kusyairy meruntun hati wargamaya apabila turut sama bersedih dengan berita tersebut.
"Doa ibumu, seluruh ahli keluarga dan sekalian sahabat mengiringi mu. Kau manusia degil. Terus kuat Pitt! Bismillah.. temukanlah dia kembali kepada kami dengan selamat Ya Rob!” tulis Beto di Twitter.
Ibu Pitt, aktres Fauziah Nawi turut berkongsi beberapa keping foto majlis solat hajat dan doa yang dikelolakan oleh pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud malam tadi.
Memetik laporan Sinar Harian, operasi pencarian mengalami kesukaran berikutan keadaan arus sungai yang deras.
“Pencarian dari lokasi mangsa hilang melibatkan jarak 30km dan buat masa ini masih belum ditemui,” kata Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir kepada Sinar Harian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pengarah Veteran Nafi Sengaja Cium Pelakon, Dakwa Hanya Tunjuk Contoh

gempak
09/09/2024
01:55 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal dari Kolkata, Bengali, Arindam Sil digantung melakukan sebarang kerja seni daripada Persatuan Penerbit Timbur India selepas menerima aduan salah laku gangguan seksual yang dibuat terhadap seorang pelakon wanita.
Hiburan

Nadhir Nasar Simpan Impian, Mahu Arahkan Filem Box Office

gempak
14/08/2024
09:55 MYT
Pelakon, Nadhir Nasar mengakui kerjayanya dalam bidang seni sebagai pelakon masih belum cukup untuk memuaskan hatinya berada dalam industri seni hiburan.
Hiburan

Guna Mayat Sebenar Dalam Penggambaran, Pierre Andre Kongsi Kisah Mistik – “Katanya Ada Roh Yang Tak Tenteram Ikut Balik”

gempak
30/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengarah Pierre Andre berkongsi pihak produksi dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Paradoks menggunakan mayat sebenar bagi tujuan penggambaran.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.