Hiburan
"Pendek, Hitam, Jongang..." - Zizi Kirana Buka Cerita Kena Ejek Zaman Sekolah
Penyanyi Zizi Kirana mendedahkan dia sering menjadi mangsa ejekan sewaktu zaman persekolahan terutamanya ketika berada di tingkatan satu dan dua.
Menurutnya, pelbagai gelaran dan panggilan yang diberi untuk Zizi namun dia memilih untuk tidak menghiraukannya.
"Memang dulu masa sekolah tingkatan satu dan dua saya selalu diejek, sampai ada gelaran 'si pindik' dan bila lalu depan orang tu, dorang akan ramai-ramai cakap Nurfazelah pindik.
"Macam-macam ejakan yang saya dapat masa awal masuk sekolah menengah, diejek sebab pendek, hitam, gigi arnab, jongang tapi lama-lama saya dah biasa dan tak ambik kisah," kongsinya.
Pendedahan itu dibuat menerusi beberapa buah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya semalam.
Pelantun lagu Eh berkata disebabkan kejadian itu dia agak memilih untuk berkawan rapat dengan kawan perempuan.
Tegas pemilik nama Nur Fazelah Mad Tahil, lebih baik sikit bilangan kawan rapat daripada dikelilingi dengan orang yang bermasalah.
"Perempuan la yang paling suka mengejek saya dulu sebab tu sampai sekarang saya sangat memilih berkawan dengan perempuan.
"Tapi dalam tak kisah tu pun ada masa juga saya akan bagi pengajaran untuk si tukang ejek. Jadi siapa yang selalu diejek atau dibuli, tetap semangat guys!!
"Tak ramai takpe, janji tak bercampur dengan orang-orang toxic. Kadang ada yang mengaku kawan baik selamanya (BFF) walhal tak boleh terima kalau BFF kau ada kelebihan sedikit. Kesian! Eh! Jangan terasa kalau tak betul!
"Yang penting bukan hati hitam. Jangan rasa down bila dihina orang kerana mereka hanya manusia yang tidak pernah rasa puas dan bersyukur. Doakan saja yang baik-baik untuk mereka," tulisnya lagi.
Must-Watch Video