"Pendidikan Penting!" - Syamel Berpegang Prinsip Orang Tua-Tua, Boleh Teruskan Minat Tapi Ada Back Up Plan
Amri Hassan
29/01/2024 05:50 MYT
29/01/2024 05:50 MYT
Penyanyi Syamel menghormati pandangan segelintir individu berkenaan kepentingan pendidikan dari sekolah harian pada masa kini, seperti yang tular baru-baru ini.
BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Kata 'Awak Tak Perlu Pergi Ke Sekolah', Ayat Saya Ialah..." - As'ad Motawh
Jelas Syamel, dia masih berpegang pada prinsip mengutamakan pendidikan berbanding minat.
"Saya harus menghormati kenyataan orang lain, bagi saya dan adik-adik di luar sana memang kita cenderung tengok TikTok dan media sosial tetapi percayalah itu harus diselaraskan dengan pendidikan yang kena ada. Barulah seimbang. Sekurang-kurangnya, kalau kita hilang sesuatu, kita ada plan lain.
"Malah, sekarang pun orang bercita-cita nak jadi content creator, kita tak dengar dah orang nak jadi polis, doktor, akauntan.
"Bila itu menjadi cita-cita kena ingat, ini satu pertaruhan. Kebanyakan mereka yang tak cita-cita sebagai content creator tak menjadi, mereka mula mencari dan melibatkan masa. Mereka akan rasa tertekan dan give up lagi sekali. Lebih baik ada back up (pendidikan).
"Seperti parents kita selalu nasihatkan, belajar, kalau ada minat boleh teruskan, tapi kalau apa-apa jadi, ada back up (iaitu pendidikan)," katanya kepada Gempak.
Syamel ditemui pada majlis sidang media Wacana Srikandi di SACC Convex, Shah Alam baru-baru ini turut menitikberatkan aspek pendidikan kepada anak tunggalnya, Nur Khawla Soleha.
Ujar Syamel, dia tidak menghalang seandai anaknya itu meminati bidang seni sepertinya dan Ernie, namun perlu seimbang.
"Bagi kami, walau macam mana pun pendedahan yang kami berikan, ada hal melibatkan real life thing yang dia perlu faham juga.
"Pada masa sama, perlu balance juga. Kami masih percaya ideologi mak bapa kita dulu-dulu. Perlu ke sekolah, petang ke sekolah agama, kalau ada masa lebih hantar ke kelas piano dan sebagainya.
"Bagi saya, pendidikan itu sangat penting, yang membezakan dan menggerakkan adalah cara didikan awal parents.
"Apabila umur sekarang, apa yang kami belajar dulu penting dan apa yang kami belajar dalam kehidupan pun penting juga. Harus seimbang. Pendidikan itu sangat penting, beradanya kami di sini kerana pendidikan yang kami belajar dulu," tambahnya.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie selamat mendirikan rumah tangga mereka pada Mac 2021 lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan Khawla yang bakal mencapai usia dua tahun pada Februari 2024 nanti.
BERITA TRENDING: "Saya Tak Pernah Kata 'Awak Tak Perlu Pergi Ke Sekolah', Ayat Saya Ialah..." - As'ad Motawh
BERITA TRENDING: Sifatkan Zaman Sekolahnya Sebagai Tiada Value, Ini Reaksi Netizen Terhadap Influencer Yousaf Iqbal
Jelas Syamel, dia masih berpegang pada prinsip mengutamakan pendidikan berbanding minat."Saya harus menghormati kenyataan orang lain, bagi saya dan adik-adik di luar sana memang kita cenderung tengok TikTok dan media sosial tetapi percayalah itu harus diselaraskan dengan pendidikan yang kena ada. Barulah seimbang. Sekurang-kurangnya, kalau kita hilang sesuatu, kita ada plan lain.