gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
52 Tahun Hidup Bersama Berus Gigi Dalam Badan
HIBURAN
Penyanyi Dangdut 80an, Zeleha Hamid Meninggal Dunia - “Awal Pagi Tadi Keadaan Arwah Masih Okay Tapi…”
HIBURAN
“Saya Dah Lama Habis Dengan Perkahwinan Itu...” – Nina Ismail Sabri Kongsi Cara Hadapi Penceraian Dengan Tenang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Penerbit Ada Sebab Tak Undang Pengarah Ke Tayangan Perdana Filem - “Hubungan Masih Tegang, Kes Mahkamah Sedang Berjalan”

gempak
Khairil Khusyairi
19/06/2025
11:50 MYT
Sponsor Banner
Penerbit Ada Sebab Tak Undang Pengarah Ke Tayangan Perdana Filem - “Hubungan Masih Tegang, Kes Mahkamah Sedang Berjalan”
Penerbit Amai Kamarudin dan Elani Aidid mengambil keputusan untuk tidak menjemput pengarah filem terbitan mereka iaitu Misteri Fraser 1910, Shuhaimi Zulkefli, pada malam gala yang berlangsung malam tadi.
Menurut Elani, hubungan antara mereka masih keruh susulan kontroversi pengguguran nama Shuhaimi daripada bahan promosi sebelum ini, dan isu dalaman itu kini sedang dibicarakan di mahkamah.
“Kami hanya mengudang mereka yang mempunyai hubungan baik dengan produksi. Kami mengelakkan menjemput individu yang tidak mempunyai hubungan baik.
“Kalau lihat ramai kita jemput dalam kalangan kru sebab kami juga penganjur. Hanya dia (Shuhaimi) sahaja yang tidak kami undang bagi mengelakkan perkara.
"Hubungan kami masih belum baik dan seperti yang semua tahu, kes mahkamah sedang berjalan. Itu sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar,” katanya kepada Gempak.
Elani dan Amai ditemui pada tayangan perdana dan sidang media filem Misteri Fraser 1910 di GSC Midvalley Megamall, Kuala Lumpur, malam tadi.
Mengulas tentang pengguguran nama Shuhaimi daripada bahan promosi filem sebelum ini, Elani menjelaskan bahawa tindakan itu sebenarnya dibuat atas permintaan Shuhaimi sendiri kepada pihak produksi.
Namun begitu, demi menjaga profesionalisme, Elani menyatakan bahawa nama pengarah tersebut tetap dikekalkan dalam pelbagai bentuk bahan promosi oleh pihak mereka.
“Nama dia masih kami letakkan di poster dan bahan promosi lain seperti biasa, walaupun dia ada menghantar dokumen meminta agar namanya tidak digunakan.
"Kami tetap letak namanya kerana kami menghargai kerja yang sudah dibuat olehnya,” kata Elani yang enggan memperincikan isu sebenar antara mereka.
Elani mendakwa Shuhaimi membuat keputusan untuk keluar daripada kumpulan WhatsApp produksi sebaik sahaja penggambaran tamat, tanpa menyempurnakan proses penyuntingan filem.
“Kerja dia hanya sampai hari terakhir penggambaran. Proses suntingan sepenuhnya dijalankan oleh kru lain termasuk kami sendiri.
"Kami juga cuba menghubunginya, tapi dia kata sibuk dengan penggambaran lain. Segala bayaran sudah diselesaikan seperti dijanjikan,” katanya.
Terdahulu, Millionaire Films Production Sdn Bhd sebagai syarikat produksi filem Misteri Fraser 1910 mendakwa, Shuhaimi melanggar kontrak sebagai pengarah filem Misteri Fraser 1910 dengan membuat tindakan yang menjejaskan hak etika dan moral produksi.
Melalui kenyataan dikeluarkan, pihak produksi mendakwa, apa dilakukan Shuhaimi membawa kepada pengguguran namanya daripada jawatan pengarah untuk filem berkenaan.
Misteri Fraser 1910 bakal menemui penonton mulai 26 Jun depan menampilkan Amai Kamarudin, Siti Hariesa, Isyariana, Erry Putra, Datuk Rahim Razali dan A Galak.
Topic Berkaitan
#Filem
#Pengarah
#Penerbit
#NAMA
#Produksi
#Masalah
#Digugurkan
#“Misteri
#1910”
#Fraser
Must-Watch Video