Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pengakuan Adik Shila Amzah Tak Kerja 4 Bulan Dikecam Netizen - “Terpaling Sayang Mak Sampai…”

Asyikin Mayudin
13/10/2023 00:55 MYT
Pengakuan adik lelaki kepada Shila Amzah iaitu Amir Shafiq yang mendedahkan dia tidak bekerja selama lebih empat bulan demi menjaga ibu bapanya yang ketika itu masih bersama mengundang kecaman netizen.

Menerusi perkongsian di TikTok, Shafiq berkata dia dan adik perempuannya iaitu Syada Amzah sanggup mengorbankan masa demi membawa ibu bapa mereka berubat di merata tempat.

“Aku dengan Syada ini yang korbankan kerja kita orang, masa kita orang, sampai aku empat bulan lebih kot tak kerja sebab nak jaga mak abah bawa pergi berubat sana sini waktu itu. Mana kau Shila?” kata Shafiq.

Rata-rata netizen mempersoalkan selama Shafiq dan Syada tidak bekerja, siapa yang membayar segala keperluan dalam rumah mereka.

“Mak dia sakit apa sampai dia tak boleh keluar bekerja?

“Adik Shila ini tak dapat kerja sampai empat bulan? Duit belanja empat bulan dapat mana ya?

“Terpaling sayang mak sampai empat bulan tak kerja. Hanya nak tanya monthly bil siapa bayar ya kalau tak kerja,” komen netizen.

Dalam pada itu, Shafiq turut memaklumkan ibunya iaitu Fauziah Sarman bakal mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaannya pernah dimaki oleh Shila.

“Mak saya akan keluarkan kenyataan dia berkenaan Shila maki hamun dia dan hina kami semua kat rumah ni. Kami ada bukti. Jadi pada nitezen semua aku minta tolong sangat-sangat jangan salah faham dengan apa yang aku cakap,” katanya.

Malah Shafiq turut menegaskan dia dan Syada terpaksa bersuara bukan disebabkan penjualan rumah sebaliknya sikap biadab kakaknya terhadap ibu mereka.

BACA SINI: Shafiq Amzah Ditarbiah Netizen, Dilabel Muka Tak Tahu Malu - “Dah Menumpang Kakak, Ada Hati…”

BACA SINI: Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”


#Shila Amzah #Syada Amzah #Adik Shila #Amir Shafiq
;