Usahawan dan personaliti media sosial yang viral dengan video bersama gelandangan warga emas baru-baru ini, Carl Samsudin tampil semula menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.
BACA: Dah Buat Netizen Bengang, Carl Samsudin Minta Maaf, Dakwa Selama Hidup Tak Pernah Biadab
Baru punyai ruang waktu untuk bercerita, kata Carl situasi yang meledak ekoran sepotong videonya didakwa menengking seorang gelandangan warga emas di ibu kota minggu lalu berpunca dari salah faham dan perspektif berbeza.
Berikut merupakan penjelasan Carl yang diringkaskan semula:
1. Dengar nasihat penganjur
"Sebenarnya masa hari kejadian, saya dijemput sebagai speaker untuk satu program motivasi untuk ubah diri dan bangkit dari kisah silam dan mulakan perniagaan kecil-kecilan.
"Saya dinasihatkan penganjur untuk bertegas dalam menyampaikan, tidak boleh berlembut kerana mereka yang hadir pada hari itu adalah golongan 'special'.
"Secara berlembut mereka tidak akan dengar kerana ada sebab tertentu mereka berada di situ.
2. Motivasi tak diendahkan
"Sampainya saya di situ, saya diserahkan mikrofon segera untuk memberi kata motivasi kepada mereka.
"Semasa mulakan percakapan saya, kebanyakan mereka duduk di belakang dan makan-makan tanpa hiraupkan apa yang saya cakap.
"Ada seorang itu saya cakap dan panggil dia, dia buat tak tahu sahaja dan teruskan makan. Saya tanya dia 'hari ini nak ubah hidup atau teruskan makan seperti biasa?'. Dia pandang saya dan cakap 'nak makan sahaja'. Lepas tu dia bangun dan basuh tangan beredar pergi.
"Masa ini saya fikir macam mana cara saya nak cakap sebetulnya untuk dapatkan perhatian mereka yang 'special' ini.
3. Bertegas, tak boleh berlembut
"Suara saya mula tegas untuk dapatkan perhatian mereka, saya ingat pesanan pihak penganjur 'nak cakap dengan mereka kena bertegas, tak boleh berlembut'.
"Maka saya tegaskan suara dan cakap siapa yang betul-betul nak saya bantu untuk ubah hidup sila bangun dan duduk di hadapan.
"Berulang kali saya ckaap dan setelah beberapa minit baru mereka yang betul-betul berminat bangun dan ambil kerusi duduk di depan.
4. Bising, jadi tanggal mask
"Dengan keadaan tepi jalan bunyi kereta dan ambulans yang sangat kuat menyebabkan saya tanggalkan pelitup muka saya dan tingkatkan tonasi suara saya.
"Saya teruskan juga bagi motivasi kepada mereka sebab itu amanah yang saya tanggung walaupun masa saya cakap mereka masih teruskan makan dan tidak berapa pandang ke arah saya.
BACA: Tak Pakai Pelitup Muka, Influencer Malukan Gelandangan Dikompaun!
5. Hadiahkan wang
"Agak sukar bagi saya masa ini mendapatkan perhatian mereka. Untuk itu saya rasa saya perlu komunikasi dua hala dengan mereka.
"Maka saya tanyakan soalan kepada mereka 'Siapa dekat sini secara suka rela sudi bercerita kisah silap kepada orang lain moga menjadi titik persamaan dengan mereka lain'.
"Berkali-kali saya tanya masih tak ada respon dari mereka. Sehingga setelah sekian lama ada seorang ni angkat tangan.
"Bila dia bangun saya gembira. Saya cuba bagitahu mereka lain hebatnya dia ini berani angkat tangan, berani bangun dan cerita kisah silam dia.
"Saya hadiahkan dia sedikit wang untuk meraikan keberanian dia hari itu. Saya bertanyakan kepada dia dan mohon mereka yang lain dengar dan fokus.
BACA: "Saya Hanya Serah Pada Tuhan" - Pak Cik Yang Didakwa Dihina Instafamous Akhirnya Bersuara
6. Pihak cuba api-apikan
"Semasa ini, team saya ada membuat rakaman dan rakaman itu diserahkan kepada saya semasa baliknya saya di rumah. Dan saya ambil rakaman itu dan postkan di IG Story saya. Seperti saya biasa lakukan selepas program saya jalankan.
"Tiada satu pun komen atau DM negatif saya dapat semasa saya post rakaman itu sebab mereka yang follow tahu apa saya lakukan.
"Tapi setelah satu hari, ada mereka yang berkenaan telah mengambil petikan pendek (bukan semua) dari sosial media saya disiarkan di sosial media mereka dan cuba mengapikan orang ramai.
"Maka terjadilah viral perspektif berbeza oleh orang ramai terutama yang tidak mengenali saya," jelasnya.
Justeru, kata Carl dia belajar untuk tidak membuat penilaian terlalu cepat apabila setiap kali timbulnya sesuatu isu viral.
"Selepas ini jika saya nampak apa sahaja video atau gambar viral di sosial media, saya tidak akan mudah menilai terus tanpa bertanya empunya badan yang terlibat.
"Kerana takut, jika sebarkan berita yang tidak benar, besar akibat yang saya kena tanggung kelak. Lesson learned," simpulnya.
Kredit: IG @carlsamsudin
Amri Hassan
Wed Aug 04 2021
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.
Chacha Maembong Confront Ruhainies, Nafi Bawa Mulut Fasal Bella Astillah! - "Kami Tak Rapat Pun, Itu Semua Tak Betul"
Pelakon Chacha Maembong pula tampil menafikan dirinya terbabit dalam kemelut membabitkan Ruhanies, Aliff Aziz dan Bella Astillah seperti dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang tular sejak malam Rabu.