Pengantin Langsungkan Majlis Kahwin Dalam Banjir, Netizen Doa Yang Terbaik

Gempak
Disember 26, 2023 12:55 MYT

Umum sedia tahu, sebahagian daripada negeri-negeri di Pantai Timur Malaysia terjejas akibat banjir.

Sungguhpun begitu, keadaan tersebut tidak memberhentikan niat pasangan pengantin ini untuk mendirikan rumah tangga walaupun kawasan sekitar dipenuhi air.

BERITA TRENDING: Isu Kena Scam Dengan Katering, Abang Sebak Tengok Ahli Keluarga ‘Uruskan’ Dewan Menjelang Resepsi Adik

Menerusi video yang dimuat naik di Platform X, dapat dilihat pasangan yang lengkap dalam pakaian pengantin berarak di dalam air sambil diiringi ahli keluarga.

Boleh cita kat anak cucu nanti pengalaman ini.... pic.twitter.com/vEmFuMwdv8

— MYNEWSHUB (@mynewshub) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkahwinan unik itu meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya mengambil kesempatan mengucapkan yang terbaik buat pasangan berkenaan.
“Semoga kebahagiaan dan jodoh pasangan ini kekal ke Jannah,”
“Alhamdulillah, nampak meriah juga,”
“Gigih dan semangat rombongannya. Semoga segala urusan dipermudahkan.”
Sekadar info, tiada maklumat tentang lokasi spesifik majlis perkahwinan pengantin itu dijalankan.
Sumber: Platform X

#Kahwin #Viral #Banjir