Laman Utama
Isu Kena Scam Dengan Katering, Abang Sebak Tengok Ahli Keluarga ‘Uruskan’ Dewan Menjelang Resepsi Adik
Isu syarikat katering yang tidak munculkan diri sehingga sebuah majlis resepsi perkahwinan diadakan ala kadar atas bantuan ahli keluarga menjadi bualan netizen sepanjang hujung minggu lalu.
Selain kasihan melihat pengantin yang kerugian RM13,000, netizen juga berasa sebak apabila menyaksikan kaum keluarga membanting tulang menguruskan dewan demi menyempurnakan majlis buat si raja sehari.
Menerusi beberapa perkongsian video oleh abang pengantin, dilihat suasana dewan yang kosong diserikan dengan ahli keluarga yang masing-masing melakukan tugas masing-masing.
Allahu,
Tuhan permudahkan urusan mereka sekeluarga selepas kena scam tersebut
power of "doa orang teraniaya" ? pic.twitter.com/H6j30d7HNQ— ًِ (@bckupacc99) December 25, 2023
Ternyata, juadah yang disediakan juga kelihatan menarik khusus untuk jemputan yang hadir ke majlis berkenaan.
Sementara itu, satu perkongsian oleh seorang lagi abang pengantin memperlihatkan lelaki itu menahan sebak selepas pengusaha ais meninggalkan bekalan ais ekstra selepas mendapat tahu mereka ditipu oleh syarikat katering.
“Ini memang sebak gila. Tadi masa ais sampai, kita cakap yang kita kena tipu. Orang ais tu terkejut gila. Kemudian, dia beri ais lebih.?? pic.twitter.com/RSoXBZGJSU— ًِ (@bckupacc99) December 25, 2023
“Bayangkan semalam kosong. Ini kita masak sendiri. Itu abang saya, dia handle PA system… dia pinjam. Allahuakhbar.
“Tiada siapa, semua family sendiri. Korang doakan adik aku dimudahkan urusan dia,” katanya lagi.
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video