,
Hiburan

Pengarah Nadiah Hamzah Seronok Kongsi Ilmu di #MyDigitalMaker Fair 2019

Kamaruddin Razal
18/09/2019
13:47 MYT
Pengarah Nadiah Hamzah seronok apabila dapat berkongsi ilmu dengan golongan muda dalam acara #MyDigitalMaker Fair 2019 yang berlangsung pada hujung minggu lalu.
Menurut Nadiah, acara ini memberikan satu dimensi baru untuk anak muda yang berminat dan mahu bergiat dengan dunia digital.
"Pada hari pertama acara ini, saya bertindak sebagai panel untuk Forum Tech Talent yang membincangkan tajuk 'What’s The Future For Young Talent'. Saya rasa sangat bertuah dan berbesar hati kerana dapat berkongsi pengalaman bersama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac dan Sharifah Nadira Syed Nurshadir yang merupakan finalis bagi Asian Youth Video Contest 2019.
"Hari kedua pula, saya dengan beberapa pembikin filem terlibat dengan bengkel mengenai penceritaan dalam dunia perfileman dan komersial kepada 60 orang pelajar yang hadir. Sambutan sangat memberangsangkan dan saya seronok dapat berkongsi dengan anak-anak muda," jelas Nadiah.
Gerakan #MyDigitalMaker merupakan inisiatif akademik awam-swasta yang bermula dua tahun lepas dan ia telah memberi manfaat kepada lebih 700,000 belia di seluruh negara dengan membantu mereka menyediakan diri untuk pekerjaan pada masa depan.
Merupakan sebuah inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) disokong oleh Kementerian Pendidikan, sektor awam dan swasta, universiti, syarikat pemula niaga dan pertubuhan bukan kerajaan, #MyDigitalMaker Fair 2019 berlangsung selama dua hari pada 14 dan 15 September lalu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Tambah pengarah ini lagi, dia juga cemburu dengan 'kemudahan' yang diberikan kepada anak-anak muda masa kini.
"Terbit juga rasa 'cemburu' dengan pelajar yang datang kerana sewaktu saya muda, belum ada acara sebegini. Sejujurnya, acara ini sangat bagus dan memberikan peluang untuk generasi baru meneroka potensi mereka dalam dunia digital kerana ia adalah masa depan kita," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, filem arahan Nadiah, Motif bakal menjengah pawagam bermula 26 September ini.
Motif membariskan pelakon berbakat seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Azhan Rani, Khalid Salleh, Sherie Merlis dan ramai lagi.
Kredit foto: Instagram @sharifahnadira, @mobahir, @johnybikinkopi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Bila Rasa Menjadi Kuasa! Makania Musim 2 Lebih Lazat, Lebih pedas

gempak
22/11/2024
21:06 MYT
Pengembaraan animasi tempatan yang berkisar tentang dunia masakan dan hubungan kekeluargaan iaitu Makania kini kembali dengan musim kedua.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Yayasan RI Salur Dana Pembangunan Ummah Kepada UM, USIM

gempak
22/11/2024
18:45 MYT
Memikirkan menjadi tugasnya berkongsi ilmu dan merintis usaha pembangunan ummah, Datuk Rizalman Ibrahim merintis kerja-kerja dakwah di bawah payung Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI) yang diasaskannya.
Hiburan

Sheriff, Polis Evo 3, Malbatt: Misi Bakara & Mechamato The Movie Tercalon Di FFM33, Zul Ariffin & Shahiezy Sam Bersaing Dalam Kategori Sama

gempak
22/11/2024
16:51 MYT
Filem pecah panggung terbitan Astro Shaw iaitu Sherrif, Polis Evo 3, Malbatt: Misi Bakara dan Mechamato The Movie antara yang tercalon di Festival Filem Malaysia ke- 33.
Unitar