Laman Utama

Pengarah Terkejut Intan Najuwa Muntah-Muntah, Menggigil Di Set Jodohku Babysitter

Amri Hassan
12/07/2022
01:55 MYT
Pengarah drama bersiri Jodohku Babysitter, Hadith Omar terkejut apabila pelakon utamanya, Intan Najuwa muntah-muntah ketika awal penggambaran.
Jelas Hadith, dia tidak menyangka rupa-rupanya Intan mengalami gastrik hingga menyebabkan badannya menggigil.
"Pada awalnya, kita tak sangka Intan kena gastrik yang teruk sampai munta-muntah dan mengigil.
"She was very sick jadi kami ubah sedikit jadual," ujarnya.
Namun, Hadith memuji kesungguhan Intan yang bijak membahagikan masa untuk bekerja dan pada masa sama belajar.
"Intan juga sebenarnya sambil berlakon, dia juga sedang belajar. Jadi ada hari-hari yang dia perlu menduduki peperiksaaan. Saya sendiri tidak tahu.
"Saya respect kerana dia bijak membahagikan masa berlakon dan belajar," puji Hadith.
Kata Hadith lagi sepanjang penggambaran Jodohku Babysitter, setiap pelakon memberikan kerjasama memuaskan, berdisiplin dan komited.
"Banyak drama yang tunjuk keganasan jadi kita nak kembali kepada family hood, bonding sesuatu family.
"I think penonton akan suka dengan cuteness watak-watak yang ada dalam drama ini.
"Intan selalu bawa watak wanita-wanita ayu tetapi sekarang dia membawa watak kakak rock kapak. Jadi peonton kena saksikan. "Dia cute dan kanak-kanak yang berlakon dalam drama ini juga cute. Semua pemain memberikan persepktif watak yang berbeza. Ada sedih, kelakar, gembira, psiko sikit," tambahnya.
Jodohku Babysitter diterajui juara Gegar Vaganza 8, Aliff Aziz serta pelakon popular, Intan Najuwa.
Drama rantaian ini diarahkan oleh sutradara tersohor, Hadith Omar dan didukung oleh bintang-bintang hebat seperti Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Datin Nina Juren serta ramai lagi.
Jodohku Babysitter akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 6 Julai 2022 secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.