Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pengawal Keselamatan Konsert Taylor Swift Dipecat Sebab Kemaruk Nak Selfie

Izwan Isa
24/08/2023 14:50 MYT
Seorang pengawal keselamatan yang bekerja untuk salah sebuah konsert jelajah Taylor Swift, Eras Tour di Minieapolis dipecat selepas mengambil selfie bersama penyanyi tersebut.

Menurut Variety, Calvin Decker telah merakamkan selfie di hadapan Swift sewaktu diamanahkan menjaga bahagian tengah hadapan pentas.

Foto dirinya dengan Swift dibelakang dirakamkan oleh peminat selepas Decker meminta bantuan daripada mereka menerusi permintaan yang ditulis di atas kertas sebelum ‘ditunaikan’ oleh penonton.

Decker malah mengaku meminta untuk menjadi pengawal keselamatan agar tidak perlu membayar sekaligus menjadi penonton di konsert tersebut.

“Jadi saya meminta kerja sebagai pengawal keselamatan supaya tidak perlu membayar tiket konsert.

“Pada malam pertama konsert saya menyedari betapa dekatnya saya dengan Swift yang berada di atas pentas selepas ditugaskan menjaga bahagian depan pentas.

“Saya tidak dibenarkan memandang Swift tetapi mengawasi peminat. Jadi saya memutuskan menulis nota dan meminta peminat mengambilkan selfie jika Swift berada dekat dengan saya. Saya berjaya merakamkan selfie dengan Swift pada malam kedua,” ujar Decker.

Decker bagaimanapun dipecat oleh agensi yang mengambilnya bekerja, Best Crowd Management selepas video dirinya berdiri dan dirakamkan selfie oleh peminat menjadi tular di TikTok.

Katanya dia dipecat atas alasan melanggar peraturan sewaktu bekerja iaitu tidak boleh merakamkan gambar bersama artis.

BACA: Taylor Swift Buat Konsert 4 Hari Di Jepun, 3 Malam Di Singapura, Tapi Malaysia?​

#Taylor Swift #Pengawal Keselamatan
;