Laman Utama
Taylor Swift Buat Konsert 4 Hari Di Jepun, 3 Malam Di Singapura, Tapi Malaysia?
Selepas band terkenal Coldplay mengumumkan bakal mengadakan konsert selama enam hari di Singapura, peminat terus dikejutkan dengan berita penyanyi popular Taylor Swift yang bakal membuat persembahan di republik tersebut.
Swift dilaporkan akan mengadakan konsert selama tiga malam menerusi siri jelajah The Eras Tour di Stadium Nasional Singapura pada 2, 3 dan 4 Mac 2024.
Advertisement
Singapura menjadi satu-satunya negara di Asia Tenggara yang menjadi pilihan pemenang Grammy tersebut untuk bertemu peminatnya.
Ini bermakna peminat daripada negara jiran terdekat seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina perlu ‘terbang’ ke Singapura untuk menonton konsert Swift.
Peminat pula diberi pilihan untuk membeli hanya empat tiket maksimum setiap seorang apabila pembelian dibuka.
Berita Swift akan singgah ke Singapura selama tiga malam menerima pelbagai reaksi dalam kalangan peminatnya di Malaysia. Ramai yang kecewa apabila Malaysia sekali lagi diketepikan oleh bintang besar dunia dalam rangka konsert mereka.
Selain melakukan konsert selama tiga malam di Singapura, Swift terlebih dahulu menghiburkan peminatnya di Jepun selama empat hari.
Penyanyi Shake it Off itu dijadualkan mengadakan konsert di Tokyo Dome, Jepun pada 7, 8, 9 dan 10 Februari 2024.
Selain Singapura dan Jepun, Swift juga mengumumkan penambahan lokasi jelajah termasuk Mexico, Brazil, Portugal, Argentina dan Australia.
Swift memulakan jelajah The Eras Tour pada Mac lalu di Glendale, Arizona.
Must-Watch Video