Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Pengguna Luah Rasa Kecewa Stesen Minyak Jual Makanan Berkulat

Gempak
09/08/2024 13:55 MYT
Seorang pengguna meluahkan rasa kecewa apabila makanan yang didakwa dibeli di sebuah stesen minyak didapati sudah berkulat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X, individu tersebut menggesa supaya pengurusan stesen minyak berkenaan melakukan pemeriksaan makanan sebelum menjualnya kepada orang ramai.

“Saya menggesa pihak pengurusan untuk memeriksa semua SOP kafe tersebut dalam pengendalian makanan. Seorang wanita sedang mengandung baru sahaja memakan pastri ayam dan keju yang sudah rosak dari kafe anda.

“Keracunan makanan boleh menyebabkan kematian. Saya telah cuba menghubungi pihak pengurusan melalui DM di IG/Twitter dan juga melalui e-mel, tetapi tiada balasan”, katanya.


Netizen kecewa

Meninjau di ruang komen, netizen turut meluahkan rasa kecewa mereka dan menyuruh individu itu membuat laporan kepada Jabatan Kesihatan Malaysia.

“Laporkan kepada pejabat kesihatan terdekat, unit keselamatan dan kualiti makanan”.

“Saman je”.


“Ya Allah teruknya… nasib baik tak sempat makan”.

BERITA TRENDING: PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

BERITA TRENDING: Dikatakan Mirip, Agy Dedah Tidak Mempunyai Pertalian Saudara Dengan Reen Rahim

BERITA TRENDING: Bapa 77 Tahun Menang RM23.3 Juta, Hadiahkan Kesemua Wang Kepada Anak-Anak

BERITA TRENDING: Hampir Sebulan Di Hospital, Tam Spider Kongsi Keadaan Terkini Napie Spider - “Dia Pun Masih Sangat Lemah Sebab Pembedahan Melibatkan…”


Selain itu, ada juga yang menunjukkan cara-cara bagaimana untuk membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

#Netizen #Makanan #Jual #Kecewa #Stesen Minyak #Berkulat
;